Aku dan aku

Dulu, masa aku dapat keputusan SPM, aku rasa kosong...bukan sebab keputusan aku teruk ( dengan izin Allah aku dapat 5A+, 4A)... aku rasa kosong sebab aku rasa aku tertinggal sesuatu...seperti something missing... masa itulah aku terfikir sesuatu....andai kata aku dapat biasiswa dan sambung belajar di universiti luar negara aku akan kekal dengan aku yang berada di zaman SPM....tapi andai kata aku tak dapat semua itu...aku akan berubah.. aku akan buat apa yang aku nak, tanpa terlalu kisah akan keputusan peperiksaan.... akhirnya aku tak dapat biasiswa...kah kah kah losernya....apa boleh buat...time interview JPA aku tak fasih sangat BI... in the end aku jawab seperti jawapan sampah.....kah kah kah

dan aku jadi aku sekarang.... aku yang  tidak kisah sangat result peperiksaan... aku yang malas nak belajar hanya kerna nak dapat kerja, malas nak belajar andai kata niat sekadar nak result gempak..... akhirnya hidup aku rasa hancur....CGPA hancur.... tiada tujuan hidup gaya manusia moden ( kerja, kumpul duit banyak2, kereta banyak, rumah banyak....etc)  .... apa yang aku rajin adalah belajar apa yang aku minat.... aku belajar fizik sendiri...ditemani buku dan google... tapi dalam kelas...aku tak minat pula nak belajar fizik ( aku ambil degree fizik)... aku minat belajar fizik tanpa halangan kelas, peperiksaan....alasan aku nak sedapkan hati...kah kah kah....

Aku belajar benda yang tidak diajar di dalam kelas........falsafah...metafizik.... sastera...hacker... tasawwuf....

Dan akhirnya ...aku tidak layak hidup di zaman kapitalis ini.....

Tapi, seronok pula nak islamkan ilmu fizik....islamkan tafsiran fizik....... tapi aku dah makin bodoh..... kah kah kah....

Siapa aku sekarang ini andai kata aku yang sekarang ini sama dengan aku yang SPM dahulu.?

Ulasan

Catatan Popular