Hilang

Hilang  

Dia hilang di realitinya,
dia lemas di fantasinya,
dia merana di alam ideanya,
dia hilang di sangat lagu didengarinya,
dia hilang di saat dia bersendirian,
dia merana di saat dia disedari.

Dia pilih hilang,
kerna kehilangan,
pain rasanya,
kerna,
kehilangan pernah bersama semangatnya,
kerna semangatnya hilang dengan erti kehilangan.

Dia sendiri di dunia ini,
tanpa pilihan teman,
kerna teman semuanya sama.

Dia hilang bersama anarkinya.
anarkinya pula hilang diganti pain,
walaupun pain pernah digantinya dengan anarki,
tapi,
akhirnya,
anarki itu hilang diganti dengan pain.

Buat apa nak anarki,
andai kata akhirnya anarki itu berubah menjadi pain....

Buat apa nak anarki,
andai kata akhirnya hati merana...

Daripada merasai anarki,
lebih baik merasai merana dan pain,
lebih awal...

Tapi,
anarki juga mungkin ada kisahnya,
yang harus dia lalui.

Lagu didengarinya,
tanpa perasaan,
tanpa nilaian,
kerna semua lagu sama,
memberi semangat yang akhirnya memberi pain.

Maknanya,
semua lagu itu adalah pain,
semua lagu itu memberi semangat ilusi.....

Mungkin,
dah tiba masanya “aku” berhenti,
berhenti dengan semua ini,
tinggalkan perkara yang menyakitkan,
meninggalkan pemikiran yang menyakitkan,
abaikan minda “aku’,
abaikan dunia ini.

Tapi,
apa yang perlu “kau” lakukan?


Aku hilang semangat untuk hidup,
hilang semangat untuk bersaing,
kerna,
bagi “aku”,
semua itu sia-sia,
kerna,
“aku" tetap akan kalah,
sama ada awalnya aku menang atau tidak.

“Aku” rindu dia.

“Aku” rindu dia,
“aku” rindu dia yang telah lama hilang dari hati ini,
“aku” rindu dia,
“aku” rindu “aku” yang dahulu,
tapi,
“aku” yang dahulu seperti tiada kesedaran,
umpama robot yang dikawal hidupnya,
tapi,
itu lebih seronok daripada rasa sekarang,
buat apa kesedaran itu muncul dalam hati “aku”,
andai kata kesedaran memberi “aku” rasa pain yang seronok sangat,
rasa pain yang memberi erti gembira melayan erti pain.

Kesedaran,
kesedaran muncul di alam minda dan alam hati,
semua ini dinampak oleh mata berbeza sekali,
“aku” hilang di alam kesedaran “aku” yang jahil ini,
dan “aku” lemas di alam itu,
bersama kesedaran itu sekali.

Kesedaran dia dan “kamu” lain,
dan mungkin kesedaran “kamu” lebih tinggi dari “aku”,
dan mungkin juga kesedaran “aku” lebih tinggi dari “kamu”.

Kesedaran kah itu?

Atau sekadar ilusi yang menyamar sebagai kesedaran?

Ilusi indah yang memberi kegembiraan sementara hidup,
tidak kekal,
yang hanya kekal di hati ini,
sekadar pain,
yang ditinggalkan oleh gembira ilusi material dunia.

“Aku” rosak,
minda “aku” rosak,
hati “aku” rosak,
tapi,
apa lagi yang harus “aku” lakukan,
kerna kerosakan itu,
telah “aku” dikalahkannya,
“aku” kalah lawan demon yang ada di dalam hati “aku”,
“aku” kalah lawan demon yang ada di dalam minda “aku”,
“aku” kalah dengan demon ilusi “aku”.

Tolong “aku”,
tapi,
jangan bantu “aku”,
kerna manusia moden,
semuanya palsu.

“Aku” telah hilang,
dan terus hilang,
tanpa bayang,
tanpa nama,
tanpa ego,
tanpa rasa.

“Aku” hilang,
dan terus hilag,
bersama kelemasan alam fantasiku ini.

“Aku” di realiti hancur,
“aku” di fantasi pula lemas,
jadi,
ke arah mana yang harus “aku” tujui.....
Pencarian yang ditemani despair,
kegembiraan yang ditemani despair,
senyuman yang ditemai despair,
ketawa yang ditemani despair,
usaha yang ditemani despair,
dan pain juga ditemani despair.

“Aku” hilang,
dan terus hilang...

“Aku” minta maaf,
dengan “aku” yang lima tahun dahulu,
kerna usahanya telah “aku” sia-siakan.

“Aku” bukannya memuja pain,
“aku” cuma merasai pain,
kerna pain itu ada di dalam hati “aku”.

Dan mungkin pain itu bakal hilang,
dan mungkin juga tidak akan hilang....
pain bukan kerna persekitan,
tapi pain kerna diri “aku” sendiri...


"Aku" lemas di alam pain,
"aku” merana di alam pain,
"aku” terseksa di alam pain,
"aku”  menangis tanpa air mata di alam pain,
pain yang sukar ditunjukkan,
pain yang sukar diceritakan.

Bagaimana nak ceritakan eti pain,
andai kata hati si pencerita rosak,
dan hati si pendengar tidak pernah merasai pain.
Bagaimana nak ceritakan erti pain,
andai kata minda si pencerita rosak,
dan minda si pendengar pula tida pernah memikirkan pain.

"Aku" lemas di alam pain,
"aku”  merana di alam pain,
"aku”  terseksa di alam pain,
akhirnya hati "aku”  mula belajar,
belajar untuk gembira di alam pain,
kegembiraan ketawa dan senyum di alam pain.

Tapi,
kegembiraan itu sekadar ilusi,
ilusi yang aku ilusikan di alam pain,
akhirnya kegembiraan itu bertukar semula menjadi pain....
Dan "aku”  cuba gembira lagi di alam pain,
"aku”  senyum,
"aku”  ketawa,
tapi,
semua itu sama sahaja hasilnya,
kegembiraan yang membawa erti pain,
kegembiraan ilusi yang mengajar "aku”  erti pain.
Pain yang sukar "aku”  ungkapkan,
kerna "aku”  sahaja yang faham "aku”  ini.
"AKu" yang telah rosak,
"aku”  yang telah lama lemas dalam alam pain,
kelemasan yang telah "aku”  usahakan untuk hilang,
tapi,
"aku”  tetap tidak boleh lari,
dari kerosakan minda dan hati "aku” .












Ulasan

Catatan Popular