Apa yang aku nak
Aku tidak mahu bekerja,
kerja semata-mata kerna nak gaji dan hidup
bahagia di dunia moden,
aku tak nak kerja,
kerja kerna terpaksa,
agar boleh hidup dunia moden ini.
Aku nak buat apa yang aku suka,
tapi, aku tidak tahu apa yang aku suka ini,
bakal menggembirakan aku,
dan orang tua aku.
Aku selalu rasa down,
mungkin boleh dikatakan tiap hari,
kerna kelemahan aku untuk hidup di dunia kapitalis ini.
Aku selalu rasa pain,
kerna unfit dalam majoriti.
Aku selalu rasa kosong,
kerna fikir akan masa depan aku di lembah keganasan kapitalis.
Aku rasa nak lari ke dalam hutan,
lari ke dalam kampung,
tapi, apa aku nak buat disitu,
dan aku juga tidak mahu keluarga aku rasa
sedih dengan perbuatan aku...
Aku rasa aku nak belajar dengan ahli sufi intelektual,
selepas alam universiti ini...
Masalahnya sekarang,
bagaimana aku nak terangkan kepada keluarga aku,
dan bagaimana aku nak bagi sesuatu kepada keluarga aku, tanda terima kasih aku...?
Apa semua ini....?
Aku dah lama rasa pain dan down, hinggakan semua itu aku rasa sesuai dengan hati aku.
Ketika aku merasai kegembiraan dan juga bersemangat,
aku mesti terfikir,
bahawa gembira itu dan semangat itu,
sekadar ilusi yang bersifat sementara...
maka aku tidak boleh terlalu bergembira,
dan tidak boleh terlalu bersemangat,
kerna, akhirnya aku bakal sedih lagi..
Apa semua ini?
Hati aku dah rosak....
Minda aku dah rosak...
Kegembiraan yang kekal di hati ini, hanyalah gembira yang datang dari kegembiraan keluarga aku.
Dan usaha aku ke arah sains dan islam...
Tapi, adakah semua itu bakal kekal andai kata universiti ini habis aku lalui?
Atau, semua itu bakal hilang,
sama ada aku terpaksa kerja,
atau aku lari ke dunia luar abaikan dunia kapitalis ini....?
Aku penat...
Aku letih....
Aku rasa seksa...
Tapi, islam akan menemani aku di saat aku bersendirian di tengah malam,
buku juga selalu temani aku,
di malam hari sehinggalah subuh...
Tapi, aku takut,
aku bakal abaikan semua itu,
kerna sibuk dalam perindustrian kapitalis,
mencari sesuap nasi secara terpaksa,
meninggalkan impian aku,
meninggalkan kegembiraan aku,
semata-mata nak survive di alam kapitalis ini.
Aku nak ubah semua ini...
Aku akan berusaha dengan cara aku,
aku akan berusaha,
walaupun dalam kesedihan,
aku akan berusaha,
walaupun dalam kesakitan,
aku akan berusaha,
walaupun aku dalam kekosongan,
aku akan berusaha,
walaupun usaha itu hanya sedikit,
aku akan berusaha,
sikit demi sikit,
walaupun rasa pain.....
Walaupun rasa empty...
Walaupun rasa down...
Kerna...
Aku nak berubah...
Dan tinggalkan semua kesakitan ini...
Boleh atau tidak boleh....
Aku tetap berusaha dengan cara aku...
Bukan cara sistem pendidikan moden....
Boleh kah aku?
Bolehkah aku melalui semua itu....
aku lari daripada logic seorang mahasiswa moden ?
Ulasan
Catat Ulasan