Apa

Apa dunia ini?

Apa sebenarnya dunia ini?

Manusia asal mana?

Kenapa tafsiran sains Barat jauh sekali benarnya?

Kenapa tafsir cara ateis?

Dan mana pula manusia yang mampu tafsir secara benar?

Apa semua ini?

Material menjadi rebutan...

Penambahan ego menjadi rebutan...

Apa semua ini?

Adakah aku salah dunia?

Atau ini dunia moden ...?

Apa yang aku nak?

Kegembiraan hakiki....

Bukan kegembiraan material ilusi...

Dan bukan perlumbaan siapa yang hebat atas muka bumi ini....

Kerna.. perlumbaan itu... aku bakal kalah...

Buat apa nak berlumba andai kata dah tahu kalah...

Dan andai kata kegembiraan kemenangan perlumbaan hanyalah ilusi sahaja....

Bersifat sementara...

Suatu hari nanti...

Aku nak tinggal di kawasan kampung...

Jauh dari bangunan moden....

Jauh dari perlumbaan moden ..

Aku nak rumah sekadar mencukupi..

Tanam sayuran,

pelihara binatang ternakan,

ikan....

Aku tak nak kerna di dunia moden...

Aku nak tinggal di kampung...

Kerna hati aku ke arah itu....

Aku tidak kisah....

Apa yang bakal mereka katakan...

Kerna aku adalah aku...

Dan ini adalah hidup aku.....

Aku nak tinggal di kampung,

biarpun berseorangan,

tanpa kawan,

tanpa pasangan,

kerna semua itu adalah palsu,

di dunia kapitalis moden ini....

Aku nak tinggal di kampung,

ditemani buku,

mungkin juga ditemani orang kampung,

anak-anak kecil,

malam masa membaca buku,

pagi mengurus kebun,

petang bersama masyarakat kampung,

dan andai kata ada masa,

mengajar kanak-kanak kampung,

secara informal sahaja...

Aku nak lari dari semua ini....

Kesibukan urusan dunia moden,

aku nak lari,

kerna hati aku tidak sesuai dengan semua ini....

Aku tidak suruh manusia ikut cara aku,

so,

jangan suruh aku ikut cara kamu...

kerna ini hidup aku,

dan itu hidup kamu...

Biarpun aku bakal dipandang rendah...

tapi aku nak hidup cara itu...

sekarang ini,

aku perlu cari duit secukupnya,

agar aku boleh membantu keluarga aku,

selepas itu,

aku akan tinggalkan dunia moden aku,

tinggalkan cara hidup moden aku...

selama-lamanya...

Aku tidak kisah apa yang bakal mereka katakan...

Aku tidak kisah....

Kerna aku dah gembirakan keluarga aku,

sekarang ini,

aku nak cadang apa yang bakal aku lakukan...

suatu hari nanti...

Target umur... 27 tahunn....

dan aku pergi ke kampung.....

dan merantau ke seluruh dunia...

bersendirian....



Gambar.... cc to the idealist... cari kat facebook

Ulasan

Catatan Popular