Dunia

Dunia,
apa yang telah terjadi,
apa yang telah terjadi kepada dunia,
manusia,
peperangan berlaku,
manusia berperang,
manusia lain pula sibuk dalam kapitalis,
tapi,
apa mereka dapat sekiranya mereka sibuk dengan peperangan,
amanah untuk dirinya dahulu,
baru mungkin,
amanah untuk masyarakat.
Sampai bila nak dalah pemikiran kapitalis?
Aku keliru dengan semua ini,
aku juga malas nak kaji dunia hari ini,
kaji politik dunia,
ekonomi dunia,
aku sekadar kaji fizik,
falsafah fizik,
falsafah sains..
Aku bingung dengan semua ini,
kenapa berperang?
Kenapa berlumba penambahan ego?
Kenapa sibuk mengumpul harta,
andai kata harta itu bukan untuk membantu manusia,
manusia kelaparan,
sedangkan banyak makanan basi setiap hari,
kilang mengeluarkan makanan,
mungkin melebihi jumlah manusia dunia.

Dunia,
dunia,
adakah tiada penamat untuk semua ini,
atau tidak akan ada penamat?
Manusia,
kami nak aman,
kami nak aman,
wahai bijak pandai,
gunakan lah ilmu kamu untuk amankan dunia ini,
bukan kamu juga ikut cara mereka,
penambahan ego dunia.

Manusia berpecah,
manusia tidak ingat bahawa mereka manusia,
mereka hanya ingat yang mereka adalah hamba kapitalis.
Aku bingung,
aku keliru dengan semua ini.
Apa yang harus aku buat?
Apa yang harus aku lakukan,
agar aku dapat membantu dunia ini?
Fizik? Falsaha? Politik? Ekonomi? Sosial?

Ulasan

Catatan Popular