Hidup

Layan perasaan atau layan pemikiran....

Manusia berlumba-lumba ingin menjadi kaya....

Manusia berlumba-lumba ingin berjaya gaya moden....

Manusia berlumba ingin menjadi pandai.....

Manusia guna agama sebagai alasan untuk sedapkan hatinya, di mana hati itu telah dimodenkan dengan pemikiran materialistik, secular, positivistik...

Manusia menilai manusia berdasarkan makna kemodenan Barat......

Manusia sedih kerna tidak dapat hidup bahagia di era moden......

Manusia sedih kerna tidak bahagia cara moden....

Manusia berlumba-lumba mencari populariti...

Manusia guna teknologi untuk "bahagiakan" dirinya sendiri......

Manusia hancurkan alam.....

Manusia berlumba-lumba "menaiktarafkan" alam....

Manusia dipengaruhi pemikiran moden...
perlumbaan moden....pencarian hidup sekadar kawalan duit...

Manusia berlumba-lumba menambahkan egonya.....ego yang merosakkan bukan ego yang memberi kebaikan.....

Manusia ditipu dengan keindahan kebodohan iklan rupa bentuk empirikalnya....

Manusia lupa kenapa dia hidup...

Manusia lupa cari kebahagian hakiki...kerna mungkin dia tidak sanggup mencari kebahagian yang hakiki itu....

Manusia gembira dengan kegembiraan sementara material....

Manusia lupa akan hatinya...... kerna akal dikejarnya.... akal dikatakan boleh memajukan manusia... tapi akhirnya... manusia bertambah bingung akan kehidupan rohaninya.... dan memilih diam sahaja mengikuti sistem buatan manusia yang tidak layak....

Manusia sedih kerna dia hancur di dalam kapitalis.....

Manusia sedih kerna dia hancur di kelas hasilan kapitalis.....

Manusia sedih kerna tidak boleh "berbakti" di dalam kapitalis.....

Dan dia juga terikut sedih...... kerna tidak berjaya dalam erti kemodenan dunia moden...

Dunia makin parah...tapi tiada  siapa yang mempedulikannya....

Alam menangis kerna diraba manusia moden... tapi tiada siapa yang mendengarnya.. kerna logik mengatakan bahawa alam ini tiada mata untuk menangis.....

Alam hancur.....

Kerna manusia sibuk mencari populariti... sibuk mencari kekayaan... dan sibuk mengikut majoriti......rela atau terpaksa.....

Dia sedih kerna tidak dapat hidup bahagia di alam kapitalis.... dia kecewa kerana kalah dalam perlumbaan.... dia kecewa kerna dia kalah dalam penambahan ego.... akhirnya dia bunuh diri.....

Ulasan

Catatan Popular