Siapa


  • Manusia ini suka cari kesalahan orang lain, tapi kesalahan sendiri tidak disedari. Kesalahan manusia lain disebarkan, tapi, kesalahan sendiri tidak disedari. Kelemahan manusia diketawakan, tapi kesalahan sendiri diberi alasan.
  • Bukan semua manusia itu open minded, ada manusia menilai manusia lain berdasarkan pengalaman hidup mereka sendiri.
  • Adakalanya harapan hilang dari hati manusia, tapi sebenarnya, selagi kaki masih berdiri, selagi hati masih berdegup, harapan itu tidak akan pernah hilang dalam hati manusia, kerna, harapan itu benar-benar hilang andai kata manusia itu membunuh dirinya sendiri.
  • Ketika manusia merasai tragedi, dia mencari sesuatu yang sesuai untuk dilayan bersama tragedi itu. Rasa tragedi cinta, dilayan lagu sedih cinta, rasa tragedi kegembiraan, dilayan pula bersama lagu kegembiraan, lagi hedonisme. Tragedi teras hidup manusia, lagu ditemani tragedi manusia, sedih, kegembiraan, kesakitan, kesengsaraan, anarki, kekecewaan, semangat, semua dilayan bersama lagu, cuma tragedi yang dihadapi manusia akan menentukan mana satu lagu yang bakal dia layan. Tapi, tragedi itu dikatakan memberi kekuatan untuk maju, benarkah? Dan tragedi di sini bukanlah tragedi beramai-ramai, tragedi di sini yang aku maksudkan adalah tragedi diri sendiri. Diri merasa sedih, maka diri akan melayan lagu sedih, tapi, ketika diri merasai anarki, lagi anarki pula dilayan, dan sebagainya lagi.
  • Manusia layan tragedi, dan hatinya tersentuh dengan kegembiraan dunia, mereka mencari keseronokan dunia untuk melupakan tragedi diri mereka, kegembiraan hedonisme melupakan kehendak batin mereka, dan kesibukan dunia melupakan mereka sementara waktu akan kehendak batin mereka, kehendak spritual mereka. 
  • Manusia berlumba-luma mengumpul harta, beralasankan agama sekadar penyedap  hati, dan manusia disuruh mengikuti mereka. Itu bukan wajib, tapi telah diwajibkan, dan aku punah dengan realiti moden aku.
  • Siapa suka merendah-rendahkan usaha manusia lain? Ego mereka tidak suka melihat manusia hebat dari mereka dan mereka berusaha untuk masuk dalam pertandingan penambahan ego. Walaupun mulut katakan bahawa itu adalah pride, tapi betulkah ego tidak akan tumbuh di dalam hati? Tapi, mungkin betul... dan mungkin salah. Ini tulisan aku yang telah lama give up hidup dalam perlumbaan manusia moden, maka tulisan ini semuanya adalah salah dan sekadar sastera sampah hati dan minda aku.
  • Manusia akan katakan bahawa usahanyalah yang terbaik, usaha orang lain tidak terbaik.
  • Manusia reka alasan untuk mengatakan bahawa usaha merekalah yang terbaik.
  • Manusia menyusun ayat agar usahanya dianggap mulia oleh si pendengar.

Ulasan

Catatan Popular