Bila
Dah tiba masanya aku tinggalkan falsafah, dan belajar fizik....
Tapi, aku tidak mahu belajar fizik semata-mata ke arah material sahaja, sehinggakan fizik itu dianggap bebas nilai... dan akhirnya... fizik itu dianggap sama sahaja tafsirannya...
Mungkin fizik itu adalah alat, tapi alat ini berbeza dengan alat lain, kerna fizik di zaman ini telah dipengaruhi dengan falsafah rosak dan akhirnya fizik dijadikan pengganti agama untuk mencari kegembiraan hakiki... fizik tidak digunakan untuk memberi faedah kepada manusia, tetapi telah menyebarkan fahaman sekular dengan penafsiran yang salah.... mungkin teori tidak salah... tapi tafsiran ke arah teori itu salah....
Aku rasa aku perlu tinggalkan falsafah... dan jangan lagi berfikir fizik sebagai alat untuk "melihat" kebenaran... kerna... susah untuk aku teruskan pencarian aku.... tapi.....
Apa sebenarnya fizik?
Alat?
Alat utk memahami alam?
Alat untuk "melihat" kebenaran?
Alat untuk mencari kebenaran?
Alat untuk menambah keimanan?
Atau sekadar alat untuk memajukan manusia tetapi akhirnya manusia lupa tujuan hidupnya?
Rasanya perlu tukar makna sains itu agar makna sains itu tidak difahami sama dengan tamadun barat.. kerna mereka menganggap sains itu bakal menggantikan agama... sedangkan sains itu tidak akan dapat menggantikan agama, kerna manusia yang menentukan sains itu digunakan untuk apa dan seperti mana... tapi, bagaimana nak tukar makna sains itu kerna sekarang ini sains itu telah disebarkan sekadar hasilkan material sahaja, bukan ilmu untuk mematangkan manusia dan mengajar mereka untuk melihat dan merasai apa yang perlu dirasai...
Sains untuk hasilkan benda material sahaja.. dan itulah ukuran pembangunan..... sains sebagai ukurab pembangunan tapi moral rosak... seperti moral aku... kah kah kah....
Apa sebenarnya semua ini?
Kenapa aku belajar falsafah....?
Nak stop lah falsafah sains ni... aku rasa aku nak layan sains sekadar research dan applikasi sahaja... dan tinggalkan sains sebagai idea... tapi sains sebagai idea seronok.... kerna aku belajar melihat sains mengikut pandangan ahli falsafah dan ahli agama.... bajet sangat lah aku ni... kah kah kah... tapi... tak salah kan sebab aku orang islam pun... tak kan aku nak lihat dan nilai sains itu dengan pandangan orang kafir atau ateis?
Mungkin dah cukup aku belajar sains sebagai idea... mungkin perlu berehat jap... dan layan dahulu sains sebagai applikasi dan research... dan suatu hari nanti baru layan balik sains sebagai idea... tapi... susah pula... sebab sains sebagai idea ini boleh mengajar aku melihat sains sebagai sesuatu yang mengaitkan hubungan wahyu dan alam... walaupun aku masih jahil dan mentah lagi... tapi tak salah kan... kalau aku nak tahu apa hubungan alam ni dan wahyu.. walaupun CGPA aku malas aku nak naikkan... kah kah kah....
Ulasan
Catat Ulasan