Ego atau maruah
Ego mereka yang pandai ini adalah mereka tidak suka melihat manusia pandai dari dirinya. Mungkin bukan ego, tapi maruah,....... tapi yakinkah itu maruah atau sebenarnya itu adalah ego? Kerna ego, mereka suka merendah-rendahkan usaha manusia lain.
Mereka lupa bahawa ilmu itu milik Allah.
Kerna ego, orang pandai dihinakan, dan mereka yang "pandai" ini dengan yakin menunjukkan 'ilmunya'. Pernah dengar ayat ini
Dunia makin parah kerna orang bodoh yakin berkata-kata, dan orang pandai pula penuh dengan perasaan ragu-ragu.
Ego boleh melupakan tujuan manusia menuntut ilmu, hinggakan mereka ini pandai melangit tapi tidak bijak. Makna pandai dan bijak itu berbeza kerna pandai itu boleh diajar, tapi bijak perlu pengalaman, sebab itu ada manusia yang pandai tapi dia tidak bijak atau dalam bahasa lain wisdom.
Ulasan
Catat Ulasan