Empirical


·         Sains itu sekadar empirical?
·         Empirical? Yang hanya dapat dirasai, dilihat, dikaji, diukur, tapi, bagaimana seandainya yang diukur itu dan dikaji itu, bukanlah sifatnya yang sebenar?
·         Manusia memberi sifat sesuatu benda berdasarkan empirical, adakah sifat itu adalah sifat yang sebenarnya?
·         Apa tiu sifat?
·         Pada pendapat saya, sifat itu adalah ciri-ciri yang diberikan oleh manusia sama ada ciri-ciri itu ada pada benda atau tidak, sifat yang digunakan oleh manusia untuk mengenal sesuatu benda.
·         Sifat yang boleh dilihat (emprical) dan dikaji pergerakannya, ataupun dikaji hubungannya dengan space, time, motion.
·         Tapi,apa akan terjadi andai kata sifat itu tidak bisa menjelaskan tabiat sebenar sesuatu itu?
·         Sains itu kan sekadar empirical, maknanya ada benda yang sains tidak akan dapat terangkan.
·         Oleh itu, andai kata sains itu dibebaskan daripada metafizik atau falsafah, maknanya sains itu hanya mampu untuk melahirkan material tapi tidak mampu untuk membantu menerangkan realiti dunia.
·         Bagaimana sains nak membantu menerangkan realiti dunia, andai kata sains memang dilayan untuk tidak membantu falsafah atau metafizk?
·         Sains dah dipisahkan dengan falsafah dan metafizik, akhirnya sains itu sekadar alat untuk menghasilkan material yang dianggap boleh memajukan manusia.
·         Bagaimana alat boleh memajukan manusia, andai kata alat itu pun telah digunakan untuk menghancurkan manusia?
·         Andai kata sains itu sekadar alat, alat yang dianggap boleh memajukan manusia, maka silap, kerna alat itu perlu bantuan wahyu agar alat itu tidak merosakkan manusia.
·         Tapi,ada pula anggap sains itu bebas wahyu.
·         Apa maksud mereka?
·         Adakah sains itu bebas nilai?
·         Adakah sains itu tidak digunakan untuk menghasilan worldview?
·         Adakah sains itu tidak digunakan untuk menolak wordview?
·         Adakah sains itu boleh menjawap persoalan falsafah?
·         Akhirnya mereka hanya mampu untuk bina fahaman  ‘just shut up and calculate’.
·         Sains itu sekadar empirical, maknanya sains perlu bantuan metafizik agar sains itu boleh membantu manusia menyentuh hatinya, bukan menyentuh egonya.
·         Seandainya sains itu sekadar disempitkan berseorangan tanpa bantuan metafizik atau falsafah yang betul, maka mereka itu mahu semua yang ada di dunia ini disainskan.
·         Akhirnya sains itu menjadi ilmu yang tertinggi sekali (dianggap ilmu yang tertinggi sekali)
·         Manusia akhirnya dipengaruhi dengan ‘keindahan’ sains, dianggapnya sains itu tanpa bantuan metafizik dan falsafah, boleh menerangkan alam dunia ini.
·         Tapi, bukankah ada benda yang sains tidak akan jumpa jawapannya  untuk selama-lamanya?
·         Andai kata sains itu sekadar empirikal (walaupun makna sebenar sains itu memang atas dasar empirical), maka sains itu akan menghilangkan unsur-unsur rohani yang ada pada alam, kerna bagi sains, unsur-unsur rohani itu bukan sains.
·         Mereka yang taksub dengan sains, akan mengatakan bahawa unsur rohani itu tidak wujud kerna tidak bisa diukur, dilihat oleh pancaindera, berlakunya sekularism.
·         Kenapa lah aku fikir semua ni, kacau minda aku untuk belajar.
·         Tapi, apa lagi yang perlu aku rajin andai kata belajar pun malas?
·         Kah kah kah .


Ulasan

Catatan Popular