Kosong

Seseorang itu hancur bukan kerna buku, bukan kerna ilmu, tapi, kerna mereka salah tafsir kisah hidup mereka, dan di kala dia merasai ilmu, dia tafsir ilmu dan buku itu, berdasarkan kisah hidupnya, dan dia yang memilih, sama ada nak tafsir kisah dirinya, baik atau anarki........

Dia tahu anarki melalui buku, tapi, pengalamannya lah, yang merangsangnya menjadi anarki, bukan, buku.....

Dan, dia rasa perlu anarki, bukan kerna salah pengalaman itu, tapi, dia salah tafsir pengalaman itu, atau, mungkin dia tidak salah tafsir, tapi, hatinya dah mula give up, dengan tafsiran baiknya itu, kerna dia anggap, tafsiran itu hanyalah tafsiran nak menyedapkan hati, dan, akhirnya, dia pilih menjadi monster... dan dia anggap hati dan mindanya rosak...

dan dia dianggap sampah oleh society... di kala dia dianggap sampah, maka anarkinya yang disertakan pain, akan mengawal pemikirannya... dan dia pun berkata

" andai kata society cakap aku ini sampah, maka aku perlu buktikan secara empirikal bahawa aku ini benar-benar sampah, agar mereka gembira dengan hipotesis mereka...."

dan dia akhirnya, mendengar lagu, anarki, suicide, metal, dan etc... dan dia fikir cara pengalaman tragedi ala Barat.... dan dia give up hidup di alam realiti,tapi, malang sekali, kerna dia sendiri lemas di alam fantasi rekaannya....

di rosak.... dan hancur... lemas........

Ulasan

Catatan Popular