Lepas ini apa
Apa lagi yang perlu aku lakukan untuk lari daripada sistem kapitalis....
Kerja dan kerja... sampai bila...
Aku tak nak kerja,
aku tak nak tinggal di bandar,
aku tak nak sibuk dengan urusan kapitalis,
aku tidak mahu masuk dalam perlumbaan kapitalis,
aku tidak mahu penat kerna pekerjaan yang hanya mendatangkan ketidakpuasan dalam hati.....
Aku nak hidup seperti sekarang,
baca buku,
fikir fizik,
fikir falsafah,
dan kalau boleh....
tiada juga sistem pendidikan yang mengacau masa aku......
Aku nak tinggal di kampung,
di saat aku bebas dalam sistem kapitalis,
di saat aku siapkan apa yang perlu aku siapkan,
aku nak merantau,
tapi duit bagaimana?
Adakah aku perlu bekerja sambil merantau?
................
Aku tak nak sibuk dalam sistem kapitalis,
aku tak nak kerja,
aku tak nak kerja yang hanya memenatkan fizikal,
tanpa menggunakan akal....
Aku nak itu,
tapi aku tidak sedar diri,
kerna,
mungkin susah untuk hidup seperti itu,
kerna aku ada amanah sebagai anak pertama...
Tapi,
selepas aku siapkan amanah aku sebagai anak pertama,
aku akan tinggalkan pekerjaan aku,
tinggal di kampung,
dan mungkin juga,
merantau sambil bekerja,
melancong sambil bekerja....
Aku nak tinggal di kampung,
beli rumah,
tanam sayur,
pelihara ayam, ikan,
pagi urus kebun,
petang jalan-jalan,
berjoging,
malam, baca buku,
kalau ada masa,
pergi melancong,
ambil gambar pengalaman,
dan post di dalam blog ini...
Ulasan
Catat Ulasan