Nasihat --------------- mungkin

Apabila diri ketahui realiti dunia moden sebenar, terasa semangat hilang, oleh itu, jangan cari dan tahu realiti sebenar kemodenan, kerna, diri akan rasa seksa, kerna diri akan hancur. Jangan cari selagi diri masih tergapai-gapai di dalam era ini. Ini nasihat aku, berdasarkan pengalaman aku, dan tidak semestinya nasihat ini, sesuai untuk semua insan, dan mungkin nasihat ini, sekadar sesuai untuk manusia yang seperti aku.

Jangan tahu realiti moden, nanti hati rasa seksa, kerna terasa ingin lari, tapi sebenarnya rasa loser telah muncul, dan diri menjadi useless untuk teruskan hidup. Jangan cari realiti sebenar, seandainya hati belum sedia mengetahui hal sebenar, kerna takut minda rasa teramat seksa, dan diri tidak bisa hendak lari daripada semuanya, lari daripada realiti moden.

Buat sungguh-sungguh, apa yang kau buat sekarang, jangan jadi seperti aku, dan jangan dengar manusia yang berfikiran umpama robot terputus wayar, kerna kau dan robot terputus wayar itu lain, dan kisah kau juga lain, begitu juga kisah aku.

Aku rasa seksa kerna salah aku, kaji realiti moden, akhirnya diri malas nak hidup, dan kehidupan universiti aku hancur. Jangan jadi seperti aku, dan hiduplah dengan kegembiraan walaupun dikatakan kegembiraan itu ilusi, kerna mungkin ilusi tapi, adakah kau nak rasa pain atau kegembiraan ilusi? Kau mahu rasa pain manusia yang malas nak hidup? Mungkin aku salah, tapi, ini hidup kau, dan hidup kau akan dikomen manusia lain, macam hidup aku.

Aku hancur kerna realiti moden ini meyakitkan hati aku yang belum sedia menerima semuanya.


Jangan dengar apa aku cakap, kerna minda dan hati aku hancur, dek kerna, kebodohan aku mengenal makna. Good luck hidup... dan suatu hari nanti, apabila kau dah berjaya, aku sedia untuk dipandang rendah...................


-shadow-


Ulasan

Catatan Popular