Terfikir
Pada malam ini, aku terfikir sesuatu, aku rasa, lebih baik, sains itu hanya dianggap sebagai alat sahaja, alat untuk memudahkan manusia hidup di dunia ini. Sains tidak boleh digunakan untuk mencari kebenaran, kerna seseorang itu pasti akan akan tafsir teori sains berdasarkan pandangan alamnya. Nak cari kebenaran belajar agama, bukannya belajar sains. Mungkin boleh sains digunakan utk mencari kebenaran, tetapi probability tinggi adalah tidak mendapat kebenaran itu kerna, sains itu hanyalah bersifat empirikal sahaja. Sains itu alat, alat tidak boleh digunakan 100% utk mencari kebenaran, kerna sains itu ke arah hasil, bukan ke arah realiti dunia. Nak faham realiti dunia,.belajar metafizik,.sains, hanya utk hasilkan alat daripada sains itu sendiri.... benarkah?
Sains dan agama telah dianggap terpisah?... bagi aku, tidak sesuai ada soalan utk mengatakan apa hubungan antara agama dan sains, kerna soalan itu seperti tidak masuk akal, sebab sains itu hanyalah alat, dan agama bukannya alat.
Fikiran telah dipengaruhi pemikiran barat, yang berdasarkan sejarahnya, di mana sains dan agama itu telah terpisah kerna mereka menolak agama, kerna hasil empirikal sains berbeza dengan tafsiran agama mereka mengenai kedudukan bumi dan matahari.
Betulkah apa pemikiran serabut aku ini fikir?
Hasil makin serabut apabila ada soalan mengatakan apa hubungan sains dan agama. Kerna, sains itu telah dianggap setaraf dengan agama...di mana sains itu dikatakan boleh mendapat kebenaran tanpa bantuan wahyu, tapi masalahnya mereka/barat ....hanya mahu empirikal sahaja, sebab itu, bagi aku, tidak perlu berfikir apa hubungan sains dan agama, kerna sains itu sekadar alat sahaja..
Benarkah?
Tapi bagaimana dengan kisah manusia peliharaan rusa?
Jangan samakan sains mereka dengan sains di dalam kisah cerita itu, kerna sekarang ini bukan masalah sains, tapi masalah falsafah, di mana barat hanya suka kepada falsafah empirikal sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan