Tulisan jahil aku
·
Islamkan ilmu.
·
Kenapa nak Islamkan ilmu?
·
Sebab ilmu sekarang ini ke arah melahirkan
SEMATA-MATA pekerja, atau sekadar manusia materialistic.
·
Dan, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
terpisah.
·
Sebab kenapa rasa pisah?
·
Kau tidak tahu bagaimana gunakan wahyu sebagai
sumber ilmu kifayah.
·
Dan kifayah sekarang tidak ditafsir untuk
menunjukkan bahawa Pencipta itu ada/wujud.
·
juga, kifayah sekarang sains terutamanya, malas
ditafsir untuk ‘melihat’ kebenaran, kerna sains sekadar ditafsir untuk aplikasi
sahaja, untuk hasil material sahaja.
·
Islamkan ilmu itu ada?
·
Islamkan ilmu sains itu ada?
·
Apa itu sains?
·
Sains sebagai idea, atau sains sebagai research
atau sains sebagai application.
·
Bagi aku, islamkan sains ke arah idea lebih nampak
jelasnya, dari islamkan ilmu untuk ilmu sains research dan applikasi, kerna
aplikasi dan research tidak mempersoalkan the nature of scientific theory.
·
Tapi, ada yang menolak islamkan ilmu.
·
mungkin kerna mereka ke arah makna sains hanya
sebagai research atau applikasi sahaja.
·
dan mungkin mereka fobia dengan Islam, walaupun
mereka sendiri itu islam.
·
atau mungkin mereka tidak mengusai falsafah
sains islam.
·
sains islam itu ada empirical dan ada falsafah.
·
hanya empirical sahaja dikaji tapi falsafah
sains tidak dikaji kerna mengikut tafsiran moden, sains itu hanya just shut up
and calculate. Falsafah dan sains itu tiada hubungan, hinggakan sains tidak
lagi digunakan untuk “melihat” kebenaran.
·
Mungkin ada yang melayan falsafah dan sains,
tapi mereka layan bad philosophy, akhirnya mereka bukan hendak “melihat”
kebenaran, tapi gunakan sains untuk menolak kebenaran.
·
falsafah sains mereka hanyalah empirical..
sesuatu itu wujud apabila boleh dikaji dengan mata sahaja, hinggalah mereka ini
menolak kewujudan Pencipta.
·
Dan akhirnya apabila falsafah “empirical sahaja”
ini tersebar ke dalam masyarakat islam, maka umat islam hanya mampu untuk
terima sains sebagai empirical dan agama pula hanya sebagai ibadat sahaja.
·
Dan makna sains itu hanya empirical sahaja,
semua ilmu hanya melalui empirical sahaja, hinggalah umat islam terpengaruh
dengan makna sains ini dan umat islam akhirnya tidak tahu apa sebenarnya
hubungan al-Quran dengan alam ini.
·
Dan sains itu dianggap untuk hasilkan material
sahaja.
·
Dan apabila hati si pengkaji kosong, maka dia
mencari kebenaran melalui sains, tapi masalahnya, mereka ini tidak mahu
menerima adanya Pencipta, mereka hanya mampu layan sains sebagai material
sahaja, tanpa boleh membantu mereka mencari atau ‘melihat’ kebenaran.
·
Bagaimana sains boleh membantu manusia ‘melihat’
kebenaran?
·
Bagaimana sains boleh membantu manusia ‘mencari
kebenaran”?
·
Dan apa hubungan al-Quran dan alam ini?
·
Seandainya sains itu sekadar empirical, adakah
mereka tidak akan bertemu dengan kebenaran ketika mereka mengkaji alam ini?
·
Atau sains itu dilayan hanya untuk material
sahaja?
·
Ateis gunakan sains untuk membuktikan bahawa
padangan alam mereka benar….
·
bagaimana pula dengan umat islam ?
·
Adakah umat islam boleh gunakan sains untuk
membuktikan kebenaran pandangan alam mereka?
·
Atau tidak boleh, kerna sains itu hanyalah alat
semata-mata…?
·
Tapi, bukankah sains itu adalah mengkaji alam
ini? So, adakah dengan mengkaji alam ini, seseorang itu tidak boleh ‘melihat’
kebenaran? Atau, untuk ‘melihat’ kebenaran, seseorang itu perlu faham agama
dulu sedalamnya?
·
Tapi, bagaimana dengan mereka yang tidak
beragama, tapi gunakan sains untuk mencari kebenaran…? Mereka ini bukannya
menjadikan sains itu agama, tapi gunakan sains itu untuk mencari sesuatu yang
boleh menyentuh hatinya yang telah lama kosong?
·
Adakah mereka tidak akan sampai kepada kebenaran
itu?
·
Sampai, kerna ada manusia yang mengkaji alam, dan
akhirnya mengatakan bahawa Pencipta itu wujud.
·
Tetapi, kenapa ada yang kaji alam tapi akhinrya
mengatakan bahawa Pencipta itu tidak wujud?
·
tapi, aku ke arah mengkaji alam untuk ‘melihat’
kebenaran agar iman aku bertambah.
·
Dan maksud ‘melihat’ ini jangan disalahfahamkan
maknanya.
·
Mereka yang mengkaji alam dan mengatakan bahawa
Pencipta itu tidak wujud … mungkin mereka tidak berniat untuk mencari
kebenaran, tapi mereka ini memeluk agama sains, dan bukan gunakan sains itu
untuk membantu hati mereka untuk mencapai kegembiraan yang sebenarnya…
·
Atau mereka ini hanya anggap sains itu hanyalah
material sahaja…..?
·
Tapi, bukankah kaji alam ini boleh ‘melihat’
kebenaran? Atau semua itu berdasarkan niat? Tapi, adakalanya niat yang salah
boleh merubah niatnya hinggakan dia diberi hidayah.
·
Aku rasa perlu ubah makna sains moden ini agar
tujuan menuntut ilmu bukan hanya semata-mata untuk materialistic sahaja,
hinggakan sains itu hanyalah ilmu untuk menambah ego atau menambah nilai duit.
·
sains itu adalah kaji alam,, tapi kenapa kaji
alam tetapi tidak dapat ‘melihat’ kebenaran agar keimanan bertambah, atau
sebenarnya kaji alam ini tidak akan membawa kepada kebenaran?
·
Mustahil, kerna bukankah alam ini ada pengajarannya…
·
So, apa pengajarannya? Adakah sekadar material
sahaja? Atau boleh ke arah spiritual?
Ulasan
Catat Ulasan