Tulisan jahil pemerhatian aku
·
Macam mana nak elak fitnah di
dunia ini?
·
Macam mana nak elak aib
disebarkan di dunia ini?
·
Pada pendapat aku, dan
berdasarkan pengalaman aku, hanya satu sahaja jawapan yang sesuai untuk aku,
iaitu diam. Aku perlu jadi diam, walaupun aku bukannya asal seorang yang
pendiam.
·
Walaupun diam pasti ada yang
komen juga… standard manusia.. semua nak komen.. tapi, aku makin takut manusia…
·
manusia itu menakutkan kerna
aku perhati sekeliling aku.
·
mulut aku jadi pendiam, tapi
mata aku jadi sharp
·
dulu aku extrovert sekarang aku
introvert
·
dulu aku raja social, sekarang
aku leader of anti-social
·
mulut aku jadi diam, mata aku
memandang dan nilai karekter manusia.
·
walaupun mata tidak bisa
dipercayai satu peratus, tapi, kalau seperti itu, bila mata boleh dipercayai?
·
mata aku menilai manusia
sekeliling, dan hati aku tidak mahu tafsir,,,, akhirnya hati tetap tafsir kerna
tanpa hati mata sekadar masuk ke dalam minda, tapi minda biasanya tidak kisah….
betulkah?
·
si pandai tidak suka melihat
manusia lain pandai darinya?
·
si manusia tidak suka melihat
manusia lain berfikir lain dari society?
·
kerna ego manusia
berlumba-lumba popularity?
·
kerna ego, manusia gunakan
mulut untuk sakitkan hati manusia lain?
·
kerna perlumbaan manusia yangn
kalah dipandang rendah, dan win win situation tidak wujud lagi, sekadar mulut
untuk sedapkan hati si pendengar?
·
jadilah manusia bodoh, di mana
kewujudan kau menakutkan manusia pandai, kerna kau menunjukkan apa itu pandai
dan apa itu bodoh?
·
manusia suka merendah-rendahkan
usaha manusia lain, dengan mengatakan usahanyalah yang paling hebat sekali,
sebab itu aku takut manusia.
·
manusia ini menakutkan, apabila
kau tunjukkan perbedaan kau dengan mereka,, kerna manusia tidak suka berbedaan
yang melawan adat pemikiran mereka.
·
tapi, ada juga yang melawan
adat pemikiran itu, kerna mereka itu memberontak melawan kearnakian mereka,
yang hadir mungkin asalnya adalah kesedihan.
·
Kesedihan yang akhirnya menjadi
anarki,tapi akhirnya dia itu menyusun ayat untuk membuktikan bahawa anarkinya
itu bukanlah asalnya kesedihan tetapi adalah kerna pemerhatiannya.
·
Tapi, apa akan jadi andai kata
pemerhatian itu ditafsirkan berdasarkan hati yang sedih?
·
Peristiwa yang dilaluinya
menyedihkan, hinggakan dia menangis di dalam hati, tapi kerna tangisan itu
memenatkan, akhirnya dia memilih untuk menjadi anarki, anarki yang merosakkan
jiwanya kerna jiwanya memberontak melawan kegananan persekitarannya.
·
dia menjadi seksa, dia menjadi
anti-social, hidupnya musnah, sekolahnya musnah, masa depannya dia anggap
musnah. tangisannya dia sendiri dengari, kerna dia tidak lagi mempercayai
manusia moden yang indah hidupnya dan definisi hidup modennya.
·
manusia tidak suka melihat
manusia lain ---- yang lain cara pemikirannya --- masing-masing merendahkan
manusia lain - - - - ketawa di belakang - - ------ ketawa di depan - - - -
sakit menyakitkan hati masing-masing - - - - ayat disusun untuk menyakitkan
hati manusia lain - --- dan aku juga begitu--- -- tapi hidup aku telah mengajar aku, bahawa
jangan merendahkan usaha manusia lain—kerna kita tidak tahu usaha itu boleh
membawa dia ke mana…..
·
mungkin usaha dia itu lebih
diredhai oleh Pencipta…….
·
sebab itu aku belajar untuk
tidak merendahkan manusia lain, tapi, biasalah andai kata aku yang
direndah-rendahkan..
·
aku ini observer useless,
sekadar pandang tapi tidak pandai jadi
pengomen… macam mana nak jadi pengomen andai kata komen itu sekadar datang dari
pengalaman aku… opinion is the lowest form of knowledge, because it come from
your own experience..
·
yeah, mungkin pengalaman itu
tinggi, tapi, macam mana kau tahu pengalaman itu tinggi atau rendah…
·
kau kata kau bodoh, tapi macam
mana kau tahu yang kau bodoh?
·
Manusia apabila dia membenci
sesuatu dia akan mencari ayat yang sesuai dengan hatinya, agar menunjukkan
bahawa apa yang dia lakukan adalah benar.
·
Misalnya mereka yang membenci
falsafah akan mencari ucapan ulama yang mengatakan bahawa falsafah itu boleh menyesatkan,
sedangkan mereka yang menyokong falsafah juga akan mencari ulama untuk
mengatakan bahawa falsafah itu tidak menyesatkan.
·
Semua begitu. Masing-masing
mencari ayat yang bersesuaian dengan hati masing-masing, walaupun sekadar
taklid membabi buta..
·
Bagi mereka, taklid buta itu
tidak apa, asalkan hati puas menunjukkan ‘kepandaiannya’.
music: https://soundcloud.com/tags/the%20asterisk%20war%20
music: https://soundcloud.com/tags/the%20asterisk%20war%20
Ulasan
Catat Ulasan