you are so beutiful--maybe-------------------------illusion
sambungan dari ((((((((((((((4)))))))))))))))))
Lagu dilayan,
mereka kata kami ala Barat, adakah salah? Mereka dalam sistem Barat, kenapa
kami tidak bisa pula ala fikir Barat? Kenapa kami tidak bisa layan ala Barat?
Tapi, lantaklah, kau nak expect apa dari kami, lagu Maher Zain? Lagu Nasyid?
Ini lagu, kami buat, kami nyanyi, kami reka, kami, adalah untuk kami, bukanlah
untuk kau dengar, kerna lagu yang kau dengar tidak sama dengan apa yang kami
dengar, mungkin adakalanya sama, tapi, kau dan aku hati adalah berbeza,
sedangkan hati kami juga berbeza, walaupun ada sinopsis kisah hampir sama,
kerna ke-loser-an kisah.
Aku dan mereka
jalan bersama, lagu Slipknot, lagu System of A Down, lagu Skillet, jadi peneman
kejahilan. Bersama, layan hidup realiti moden, masing-masing loser dalam bidang
masing-masing, kena hina masyarakat moden kawalan kapitalis, kah kah kah, loser
sial. Kami unfit dalam sistem manusia normal, lalu apa lagi yang perlu
dilakukan? Setia atau anarki? Kami belajar setia, tapi hati bodoh ini tambah
bangang kerna kani anggap itu ilusi kegembiraan, yang kami tidak akan capai,
brsama manusia normal. Akhirnya, kami pilih lari, walaupun, mungkin gembira
tidak akan kami capai, tapi, itu semua aku malas nak fikir, kerna fikir atau
tidak, pain tetap dilayan, lebih baik, muzik itu kami layan, kerna layan pain
itu lebih seronok disertakan muzik, daripada layan menjadi hamba sistem.
Kisah kau dan aku
lain, dan kau mungkin tafsir kisah aku, dan kau nilai aku dasar kisah kau. So,
what! Buat apa aku nak kisah, tiada guna pun, kau teruskan usaha kau, dan aku
teruskan usaha loser aku.
Lagu itu kembali,
unravel, di dalam minda bahasa Japan, langsung aku tidak faham, tapi, lagu itu,
rentak itu, sama seperti hati aku, mungkin ahli fizik akan kata, frequency
sama. Sama atau tidak sama, apa beza, loser tetap loser, kah kah kah. Kau ingat
kau loser, maka suatu hari nanti kau menjadi winner? Kau harus belajar kalah,
dan kau hancur akan seperti aku, kah kah kah.
Ini kisah
realiti, bukan kisah fantasi, tapi, manusia reka fantasi, mungkin kerna, bukan
mungkin, tapi, pasti, mungkin, kah kah kah. Mereka reka fantasi, untuk lari
daripada realiti, mereka suka akan fantasi, dan belajar untuk menerima fantasi
sebagai realiti dan realiti pula sebagai fantasi. Akhirnya, hancur dan lemas di
dua-dua itu, hancur di realiti, lemas di fantasi. Di realiti mereka dimaki, di
fantasi mereka lemas, kerna, hati bukan selama-lamanya bisa ditipu oleh minda.
Ada yang bisa
seimbang realiti dan fantasi, ada pula yang hancur di realiti tapi ‘terbang’
indah di ‘lautan’ fantasi, dan ada yang give up dua-dua, dan dia pilih menjadi
kosong, tanpa rasa dan fikir. Datang seseorang, wanita yang ingin mengubahnya,
tapi, f**k, dia datang kata tolong, akhirnya, lepas faham, dia tinggalkannya.
Dia bertambah dalam kelemasan, tapi, kisah loser dia, bersama wanita, jadi
ajaran, jangan lagi percaya cinta, kerna cinta itu tidak lagi ada di era ini,
cinta itu bisa dibeli dengan duit dan muka, cinta itu s**t, cinta itu kawalan
empirikal beserta kapitalis. Siapa kata, dia tidak cinta? Saat wanita itu
datang, hidupnya berwarna, dia lihat kehidupan berwarna, dia senyum kerna
hatinya nak senyum, bukan senyum dikala hatinya pain.
Wanita itu
datang, mengajar cinta, mengajar harap, mengajar bahawa dia boleh berubah, dia
bisa berjaya, kah kah kah, harapan loser di era konsumerisme ini. Di kala
wanita itu tahu, dikala masa berjalan dirasai lama, dikala wanita itu bosan,
dia abaikannya, bersendiri, dan wanita itu jumpa lelaki lain, lelaki normal
impian dan idola kanak-kanak yang bakal penyambung ekonomi indah moden.
Akhirnya bye-bye tidak diucap, lelaki loser itu berjalan malam, dia jumpa
wanita itu bercumbu nafsu dengan lelaki winner itu, dan hati lelaki itu menjadi
anarki. Inilah cinta, katanya, indah kerna pain dirasai selepas kegembiraan,
sama seperti kisah losernya.
Dia belajar untuk
tidak lagi berharap cinta, dia fikir, dah tiba masanya dia terima realiti
seadanya, tanpa perlu berharap panjang, kegembiraan cinta indah khayalan si
pembuat drama.
Lelaki itu pun
bunuh diri, kah kah kah, tapi, bukan di realiti, bukan fizikal, tapi, di alam
fantasi, di alam minda dan hati, dia kosong, dia kosong kerna itu pilihan
mujarab, baginya.
Dan, emo dia
layan, kerna dia rasa emo itu, sesuai dengan jiwanya. Dia berjalan sama aku,
tanpa harapan kegembiraan, tanpa harapan bahawa aku sebagai kawan, bisa
gembirakannya. Dia diam, banyak diam, senyum palsu rutinnya, ketawa emo
ritualnya, tapi, lagu, muzik, lirik, tidak bisa menipu, si pendengar, mungkin.
Dan aku tidak tahu, sama ada lagu yang dia minat itu, aku tafsir secara
neutral, atau tafsir itu aku telah letak nilai aku sendiri.
Unravel itu dia
minat, kisahnya juga dia minat, sama dengan aku, tapi, apa yang aku tahu, apa
yang minda dan mata aku tafsir, dia itu seperti kesunyian, tapi aku juga suka
akan kesunyian. Kenapa nak lari daripada kesunyian andai kata persekitaran
penuh hipokrit, mungkin penuh dengan kisah yang dia tidak bisa masuk ke dalam,
dan mungkin juga aku tafsir sunyi itu dasar kisah aku, bukan dasar kisah dia.
Tapi, bukankah sama, karekter mungkin.
Jangan fall in
love, nanti kau akan happy,....., ayat yang dia selalu katakan. Aku tidak tahu
apa maksudnya yang sebenar, tapi, apabila kau tengah pain, kau rasa apa
penerangan sesuai untuk ayat itu? Dan apa pula penerangan yang sesuai untuk ayat
itu, apabila kau ucapkan di saat kau rasa gembira? Jangan fall ini love, you
will happy, apabila budak emo bodoh itu berkata, kau rasa apa hati dan minda
aku yang rosak ini akan tafsir?
Sambungan : klik di sini
Ulasan
Catat Ulasan