Lagi

Dia gembira hidup di dunia rekaan manusia, tapi, dia hancur di saat dia sedar realitinya yang sebenar. Dia ingin lari, tapi, dia tidak tahu nak lari ke mana. Dia ingin membunuh diri, tapi agamanya melarangnya. Dia ingin hilang ingatan, tapi, dia takut dia hilang semuanya. Akhirnya, dia berfikir,

"bukankah lebih baik andai aku lupa semuanya, dan start hidup semula".

Dia rasa seksa, dia rasa ilusi, dia suka ilusi, dia benci realiti, dia lemas di lautan realiti, tapi dia keliru di alam ilusi.

Dia melihat rakannya berjaya, tapi dia, dia hilang semangat untuk hidup. Rasa kosong temannya, rasa sesal temannya...

"Kenapa aku dapat kesedaran ini?", dia soalkan takdirnya.

"Kenapa aku dapat kesedaran ini,, kesedaran yang menyakitkan. Mereka kata wake up, dan lihat kehancuran realiti moden, di saat aku wake up, kenapa pula aku yang rasa seksa? Kan lebih baik andai kata aku ini robot, tanpa memikirkan semua ini, tanpa kesedaran apa itu hidup, tanpa kesedaran apa itu kehidupan."

Dia hilang di realiti, dia kata wake up, tapi dia lebih suka tidur, tanpa menilai realiti moden...

"Kenapa aku fikir semua ini? Kenapa aku berfikir? Kenapa aku lemas di alam fikiran ini, sampaikan aku hilang semangat nak hidup, hilang semangat untuk berimpian, hilang semangat untuk berharap? Kenapa aku belajar berfkir? Apa yang aku dapat andai kata aku dapat kesedaran fikir? Berfikir ini menyakitkan, dan menghilangkan aku, menghilangkan karekter aku."

"Aku rosak, dan rosak. Aku dihina, dipandang rendah macam sampah, tapi, kenapa, aku tiada semangat untuk membuktikan bahawa aku bukan sampah? Kenapa aku tiada usaha untuk berjaya? Adakah kerna aku anggap semua itu ilusi? Adakah aku anggap berjaya itu ilusi? "

"Aku rosak, minda dan akal aku rosak, kerna fikir seperti ini. Aku rosak, adakah aku perlu buktikan bahawa aku rosak? Hati aku rosak, adakah aku perlu buktikan bahawa hati aku rosak?"

"Mereka kata, 90% rasa yang dilalui oleh manusia ketika hidup adalah sedih dan pain, dan hanya 10% sahaja rasa gembira dalam hidupnya. Aku tidak percaya itu, tapi empirikal yang aku lalui sekarang, sama seperti teori itu. Aku tidak mahu percaya teori itu, tapi, kenapa aku rasa teori itu seperti benar?"

"Adakah aku dah benar-benar rosak, kerna berfikir seperti ini? Aku percaya bahawa manusia boleh gembira 100% dalam hidupnya, tapi, aku rasa, aku dah mula suka akan kegembiraan pain, dan ada kalanya aku rasa sedih ketika aku gembira, dan adalanya aku rasa gembira di saat aku rasa pain. Akal dan hati aku, dah mula belajar untuk gembira ketika merasa pain...."

Alang-alang dia rasa hati dan minda dia rosak, maka tidak salah andai kata dia berkata

"Aku nak bunuh diri...........................aku dah tak tahan dengan semua ini.... aku nak tinggalkan semua ini.............tak salah kan?"

Dia dinilai, tanpa fahami, tapi dia tidak kisah, kerna, dia anggap semua itu ilusi, manusia itu ilusi, gembira itu ilusi, .....................



























Ulasan

Catatan Popular