Ego atau maruah

Salah satu dugaan orang pandai adalah ego. Kerna ego seorang pandai adalah dia tidak suka melihat manusia lain pandai dari dia. Mungkin itu bukan ego tapi maruah.... tapi.... yakinkah itu maruah... atau hasad dengki? Ego mereka akan menyebabkan mereka tidak suka melihat manusia pandai dari dirinya sendiri, sehinggakan mereka ini suka merendahkan usaha manusia lain. Mereka menilai usaha manusia lain sia-sia, mereka menganggap mereka pandai dari manusia lain dan menganggap mereka bijak. Tapi, bijak dan pandai itu berbeza maknanya. Ada manusia pandai, tapi tidak bijak, dan ada juga sebaliknya, terletak kepada apa yang mereka fahami akan makna bijak dan pandai.

Hasilnya, mereka lupa bahawa ilmu itu milik Allah. Allah memberi ilmu kepada sesiapa Dia kehendaki.

Kerna ego, orang bodoh menganggap dirinya pandai.

Kerna ego, orang pandai menganggap dirinya bijak.

Pernah dengar ayat ini

"Dunia ini makin parah kerna orang bodoh  penuh dengan keyakinan, dan orang bijak pula penuh dengan perasaan ragu-ragu."

Ulasan

Catatan Popular