Internship

Hari ini, iaitu pada 01.02.2016, aku ada latihan industri... secara jujurnya aku tidak mahu intern tapi apakan daya, sistem pendidikan itu terlalu kuat untuk aku perangi... kah kah kah...

Seperti biasa, seperti yang aku pernah lalui, mungkinlah, kerna ini hari pertama aku ber-intern..kerja dari pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang... malasnya... tapi, ikut sajalah... memberontak pun.. aku dapat apa.. kena maki oleh society adalah... tak pasal-pasal aku dibenci oleh batch aku....

Dulu, aku pernah kerja di kilang panasonic shah alam.. kerja dari pukul 8 pagi hingga 8 malam seminggu dan dari pukul 8 malam hingga 8 pagi minggu yang seterusnya selama 2 bulan...

Dan juga pernah berkerja di kilang hicom yamaha... kerja dari pukul 8 pagi sehingga 9.30 malam.. dan adakalanya kerja hanya sehingga pukul 5 petang..

Apalah hidup...

Tapi, ini zaman kapitalis.. maka aku kerna  kerja ala kapitalis... hidup... hidup.. macam mana nak lari daripada semua ini?

Mungkin intern ini pun sama... mungkin kisah kerja intern hampir sama dengan cara kisah kerja panasonic dan yamaha dahulu...kerna intern juga aku kerja di kilang...hicom pekan...

Mungkin beza sekadar lab report ada...
Dan.. beza kerna mereka tahu aku tengah intern....

Aku harap .. aku suka apa yang aku buat.. atau kena latih diri agar aku suka apa yang aku bakal buat?...

Kapitalis ini indah..

Ulasan

Catatan Popular