Antalogi hidup
Hidup..hmmmm....
Lebih baik ikut saja tanpa soal, kerna soal hanya membuang masa dan menyeksakan. Lebih baik diam saja, tanpa memenatkan akal bertanya sini sana. Lebih baik bodoh di luar sistem daripada bodoh di dalam sistem, kerna bodoh di luar sistem tidak ada apa-apa keburukan, tapi, bodoh di dalam sistem menyebabkan kau hancur, kerna kau tiada duit nak makan.
Hati ini, rasa kosong, apa lagi, ketika akal berfikir akan kehidupan. Aku cemburu, dengan mereka, yang langsung tidak berfikir perkara tersebut, seandainya mereka berfikir perkata itu pun, hanyalah sementara dan langsung tidak memberi kekosongan kepada hati. Aku cemburu dengan mereka, kerna mereka boleh gembira tanpa ditemani dengan kekeliruan akal.
Aku bosan dengan semua ini. Bosan sangat, apa lagi nak mengikut urutan masyarakat. Apa yang aku nak sebenarnya hidup di dunia ini? Adakah nak berjaya? Adakah nak membantu masyarakat aku? Apa sebenarnya aku nak hidup di dunia ini?
Aku mencari dan terus mencari. Tahun ini dan tahun ke 5.. dah nak hampir enam tahun aku mencari sesuatu yang sesuai dengan jiwa dan akal aku. Sampai bila aku seperti ini? Adakah aku hanya ikut sahaja? Adakah aku hanya perlu mengikuti air sungai tanpa melawan arus? Aku bingung dengan permainan minda ini. Bingung dan rasa sakit.... sakit sangat... aku nak hilangkan perasaan itu dan nak hidup tanpa fikiran pelik itu...
Lihat sekeliling, berapa ramai manusia gembira tanpa memikirkan sistem, mereka hanya ikut tanpa soal, dan mereka berjaya... dan aku pula... hancur... semua hancur... sampaikan rasa bosan dan malas jadi teman setia hidup aku. Inilah padahnya banyak soal, inilah padanya apabila belajar berfikir, akhirnya hati rasa kosong dan seksa....
.
..
.
.
.
.
.
.
Jangan sesekali belajar berfikir, hanya ikut sahaja masyarakat, kerna kalau masyarakat baik, maka kau juga boleh jadi baik. Hanya ikut sahaja dan kau tidak akan rasa kosong... kalau kau belajar berfikir luar sistem anutan masyarakat, maka kau akan rasa seksa, pain, kosong, sakit..dan kau akan rasai diri kau langsung tidak berguna.. macam sampah .....kah kah kah...
.
.
Ulasan
Catat Ulasan