Apa

Kenapa berfikir? Sedangkan fikiran ini mungkin tiada pragmatisme-nya. Kenapa nak menyoalkan sistem buatan manusia, sedangkan ada manusia yang berjaya dalam sistem itu? Kenapa nak berfikir mengenai sistem itu, sedangkan diri sendiri tidak terjaga? Kenapa nak berfikir sistem ikutan majoriti, sedangkan ramai insan bangga dan membangun dalam sistem itu? Kenapa nak ikut minoriti sedangkan minoriti sekadar cakap kosong sahaja ? Kenapa buang masa berfikir akan semua itu, andai kata, hasilnya, diri sendiri dimaki, dihina, dipandang rendah, dan dipulau oleh masyarakat? Kenapa persoalkan sistem buatan manusia yang diikuti oleh majoriti, sedangkan diri sendiri berakhlak teruk? Adakah kerna diri sendiri tidak bisa hidup dalam sistem itu? Atau kerna malas mengikuti majoriti? Atau, diri telah yakin bahawa semua itu ada kekurangan yang ditanggung oleh insan yang tidak sedar akan permainan indah sistem? Kenapa nak berfikir akan sistem, sedangkan diri sendiri kusut serabai? Adakah kerna kesakitan yang pernah dilalui? Adakah kerna kekalahan yang dirasainya ketika berlawan dengan monster yang ada di dalam hatinya, yang ada di dalam akalnya? Atau, kerna, akalnya hancur berkecai melihat persekitaran hasil ubahan sistem buatan manusia? Kenapa nak fikir akan sistem buatan manusia, bukankah lebih baik, andai kata diri berusaha untuk berjaya dalam sistem itu, dan menyuruh orang lain mengikuti jejak langkahnya? Tetapi, bukankah itu bermakna kebahagian hanya satu, iaitu berjaya dalam sistem indah buatan manusia itu? Apa semua ini? Kenapa berfikir semua ini? Langsung tidak mendatangkan apa-apa. Insan lain berjaya dalam sistem itu, aku pula dengan bodohnya, mempersoalkan semua itu.. bodoh sungguh diri ini.. insan lain berjaya dalam erti sistem itu, bisa membantu insan lain menjadi seperti dirinya, aku pula, hancur, jadi seperti sampah, jadi seperti bangkai... sampah dan bangkai erti dalam sistem itu.... apa nak jadi dengan aku ini.... hancur... dan hancur...Mereka beruntung.. langsung tidak fikir semua ini... mereka beruntung... kerna langsung tidak membuang masa... memikirkan semua ini... mereka mampu menggembirakan insan lain... memberi harapan kepada insan lain... menjadi idola untuk orang lain....mereka mampu membantu insan lain... aku pula... seperti sampah kepada masyarakat.... apalah yang aku nak jadi ini... Insan lain berjaya dalam sistem itu... tanpa mempersoalkan apa- apa... mereka berjaya dan boleh membantu insan lain... aku pula... hanya mampu memandang... hanya mampu memikirkan sistem indah ini... .. fikir yang tiada amalannya... fikir tanpa hasil material.... fikir tanpa ada bantu sesiapa pun.... aku dah penat... aku dah penat... aku dah penat... dengan semua ini... bagaimana aku nak membuang apa yang ada di dalam akal aku? Adakah perlu hilang ingatan? Atau paksa diri untuk terima semua ini, agar tidak dimaki, dihina majoriti... agar aku bisa berjaya dalam sistem indah ini... aku bingung dengan minda aku ini...

Apa lagi yang perlu dilakukan..? Minda dah seperti ini... mempersoalkan sesuatu... minda seperti ini... sibuk dengan fikiran... yang tiada amalannya... yang hanya ada adalah kemalasan aku... kemalasan untuk teruskan hidup.. dalam sistem indah ini....

Mungkin yang terbaik adalah berdiam diri sahaja... mungkin jadi bodoh sesuai untuk ku....

Ulasan

Catatan Popular