Ilmi 4

Teruskan berdebat wahai ilmuwan islam, kerna aku dah malas nak ambil kisah..kah kah kah..terserlah kejahilan aku...

Teruskan berhujah wahai ilmuwan islam, teruskan susun ayat, baca kitab, hujah dan hujah... dan orang jahil pun malas nak ambil kisah... maka sembah kapitalisme lagi baik... sedar atau tidak...

Teruskan susun ayat wahai ilmuwan islam, sebab kau pasti ramai penyokong, dan aku ada sumber untuk sastera rosak...

Teruskan berhujah wahai ilmuwan islam, pertahankan pendirian mu, dan dikala sains muncul, maka kami pun malas nak belajar agama, kami pilih sains... kah kah kah...

Teruskan berhujah wahai ilmuwan islam, apa guna kau menuntut maklumat ilmu islam, andai kata kau tidak amalikan guna mulut..... kah kah kah..

Teruskan berhujah, susun ayat, sesuaikan ayat dengan hujahmu, agar kau boleh dipandang tinggi, tapi orang jahil macam aku makin tidak berminat menuntut ilmu agama...kah kah kah

Teruskan berhujah, kerna kau ilmuwan islam, buat apa kau diam sahaja... kah kah kah... cakap... dan cakap... susun ayat...dan aku pilih sains... dan kau kata aku sembah sains. Ada aku kisah, kerna kau kan ilmuwan islam, maka kau boleh berhujah guna agama, dan orang jahil macam aku dimaki masyarakat... buat apa aku nak belajar agama, andai kata hanya untuk berhujah ,dengan alasan nak apply ilmu agar orang tidak keliru dengan kejahilan ,alasan nak sedapkan hati , akhirnya orang jahil pun makin malas nak tahu mengenai agama, solat dah cukup, maka cari duit lagi bagus daripada dengar kau berhujah pandai..

Hujah tanpa ending, orang jahil keliru siapa ilmuwan sebenar,.maka aku lebih baik belajar sains teknologi, kerna tiada khilaf yang merosakkan dan memecahkan masyarakat... kecuali bom atom kah kah kah...

Apabila orang jahil berkata-kata...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ulasan

Catatan Popular