Ilmi 2

Mencuba menjadi orang berilmu ini menyakitkan, kerna banyak sangat hujah, dan aku juga tidak kuat dengan semua itu... salah aku sendiri.. maka aku stop nak jadi berilmu... lebih baik aku ke arah sains dan teknologi...

Baru aku sedar... aku langsung tidak gembira ketika menuntut ilmu ini... lebih baik aku belajar sains sebagai teknologi... kerna menuntut ilmu itu aku tidak sesuai, aku lebih sesuai ke arah teknologi...  lantaklah.

Buat apa menuntut ilmu untuk kuatkan hujah, itu bukan kerja aku....... lebih baik aku belajar teknologi... lantaklah apa orang pandai nak cakap... lebih baik ikut sahaja kapitalisme... daripada mempersoalkan kapitalisme... lebih baik belajar sains sekadar alat teknologi... daripada nak islamkan ilmu sains... kerna itu bukan kerja aku... itu kerja orang pandai.. orang jahil macam aku tidak layak... dan buat apa aku nak islamkan ilmu sains... eh jap... betul eh boleh islamkan ilmu sains, atau sekadar teori sahaja..?

Ah, aku nak stop membaca buku... lebih baik layan tengok anime, movie, drama, youtube... sebab semua itu tiada hujah yang infiniti... walaupun siapa yang  tidak tahan menuntut ilmu, maka sakit kerna kejahilan... ayat ni macam tu kut... pernah baca dulu, Imam Syafie tak silap yang cakap...

Menuntut ilmu itu tidak sesuai untuk aku, aku nak belajar sains teknologi sahaja, mungkin di situ kegembiraan aku, dan tiada juga hujah yang infiniti, dan hujah yang boleh memecahkan masyarakat... aku salah eh.. ?

Aku nak tulis sastera rosak lah... kerna sesuai dengan jiwa aku... malas lah nak susun ayat berhujah .... berhujah hinggakan tidak tahu siapa benar siapa salah... siapa ilmuwan siapa tidak.. cahaya siapa lebih terang cahaya siapa yang kurang terang... atau cahaya itu sama sahaja, atau tidak tahu siapa cahaya terang siapa cahaya malap, kerna kejahilan aku sendiri... ah lantaklah..aku nak sains teknologilah.. lebih seronok daripada falsafah...

Semua ini kerna kelemahan aku maka aku pilih teknologi daripada pilih falsafah, kalam. Dan aku tak nak islamkan ilmu, kerna setakat ini itu sekadar teori belaka, tiada teori sains baharu pun.. tak kan kut aku yang cari?

Bye.. bye buku falsafah, kalam, agama
Ingatkan nak beli buku ihya ulumuddin guna baucer buku, tapi, kerna aku baru sedar aku kat mana, hati aku kat mana, akal aku kat mana, kekuatan aku kat mana, maka aku nak beli buku kapital tulisan karl marxlah... sesuai untuk kejahilan dan sumber sastera pain rosak aku..

Aku rosak, maka aku tidak sesuai belajar falsafah baik.

Aku rosak, maka aku lebih sesuai belajar falsafah rosak......

Ulasan

Catatan Popular