Lagi

Lagi...
Kegembiraan  ilusi dilayan lagi....
Dia gembira...
Dengan permainan kegembiraan ilusi...
Dia masih ke "sana" juga...
Walaupun  dia tahu.... bahawa semua itu adalah ilusi semata-mata....
Kenapa?
Kenapa?
Adakah kerna dia malas mencari kegembiraan sebenar...?
Atau kerna dia tidak tahu macam mana nak cari kegembiraan  itu...?
Akhirnya dia memilih juga melayan kegembiraan ilusi...
Walaupun... kegembiraan itu bersifat sementara...
Dirinya tidak tahu... apa dah terjadi dengan akalnya,
dirinya tidak tahu.. apa yang telah terjadi dengan hatinya...
sehinggakan dia merasai dan berfikiran seperti itu...
Dia penat... dia lelah... dengan erti kegembiraan...
Dia penat... dia lelah... dengan pencarian erti sebenar kegembiraan... sedangkan manusia lain... seperti gembira  melayan aktiviti mereka...
Dia pula.. sekadar semuanya bersifat sementara sahaja...
Hilang.. di saat dia tersedar...
Hilang di saat dia masuk ke realitinya...

Dia dah benar-benar...
Dia letih...
Dia berputus asa... nak teruskan semuanya itu....
Dia seperti dah malas berharap...
Dia seperti dah malas berusaha...
Dia seperti dah malas hidup....
Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan...
Untuk mencari diri dia yang sebenar...
Apa lagi mencari  erti hidup di alam moden ini.......

Ulasan

Catatan Popular