Sains sebagai Idea

(sekadar pendapat, dan mungkin ada kelemahan di sana sini)


Kenapa sains (sains moden) nak digunakan mencari kebenaran, sedangkan sains itu sepertinya tidak ke arah kebenaran, kerna sains itu seperti infiniti, tiada kesudahannya, adakah pencarian itu akan tiada kesudahannya, dan sekiranya ada pun, itu kerna, mereka melihat agama, bukan sains... Mungkin sains boleh membantu melihat kebenaran, tapi, kebenaran itu sekadar dilihat, dan akhirnya dia perlu mempelajari ilmu agama, agar hatinya disentuh oleh kebenaran. 

Sains itu sekadar alat untuk membantu manusia, dan bukan alat untuk mencari kebenaran, kerna kebenaran telah ada diwahyukan, sains sekadar ingin melihat kebenaran, kerna hati telah disentuh oleh kebenaran. Ada juga yang sebaliknya, mereka mencari kebenaran menggunakan sains, tapi, bukan semua ke arah itu, kerna, mereka hanya mahu menerima sains, tidak mahu menerima agama.  Mereka hanya mahu berimankan sains tanpa perlu bantuan agama, akhirnya infiniti pencariaan mereka. Mereka boleh berjaya dalam sains, tapi, adakah mereka jumpa kebahagian sebenar, atau sekadar kebahagian ilusi hasil jumpaan sains sebagai idea. 

Sains lebih baik ke arah alat, kerna alat boleh membantu manusia, dan sains ke arah idea, boleh membawa kepada infiniti, kerna tiada bantuan wahyu untuk menerangkan sains sebagai idea, tiada falsafah, tiada metodologi dalam sains sebagai idea, kerna metodologi wahyu, mereka tidak bisa menerima, malahan tidak saintifik mereka katakan. Adakah kerna falsafah sains Popper?

Sains sebagai idea perlu dibantu agar sains itu tidak ke arah sia-sia, yang hanya dikelirukan dengan ilmu yang bersifat dugaan semata-mata, ilmu yang menetap tidak dijumpa oleh mereka.

Maka perlunya, membuat metodologi dan falsafah yang sesuai dengan wahyu, agar, pencarian sains sebagai idea, tidak menjadi sia-sia belaka. Di sinilah perlunya diubah falsafah agar penuntut sains yang meminati sains sebagai idea dapat dibantu dan dapat meletakkan mereka dalam kerangka falsafah sains Islam yang telah ada dan ditinggalkan oleh Ilmuwan Islam dahulu.

Mungkin, jarang ada peminat sains ke arah idea, kerna sains mereka minat ke arah alat, ke arah hasil material untuk membantu dan memudahkan manusia berurusan di dunia. Seandainya ada yang minat ke arah sains sebagai idea, maka dia perlu ada falsafah agar usahanya tidak seperti ahli sains Barat (sains sebagai idea), yang hanya seperti mencari sesuatu dalam kegelapan tanpa bantuan cahaya, dan lebih malang lagi mereka bangga dengan pencarian itu. Lebih teruk lagi, kerna sains sebagai idea ini mereka telah tafsir, dan menyerang agama. Mereka tidak tahu bahawa sains itu tidak bebas nilai, masing-masing, apabila mentafsir sains, maka akan disesuaikan sains itu, akan disesuaikan hasil sains itu, agar, hasil sains itu sesuai dengan pandangannya mengenai alam ini. Mereka tidak tahu, mencari jawapan untuk hakikat seperti hakikat masa (apa sebenarnya masa), kosong (apa sebenarnya kosong), hanyalah sia-sia apabila semua itu bakal ditafsir gaya sekular.

Mungkin pencarian itu mendatangkan hasil, tapi akhirnya tafsiran itu pula menyeleweng. Tidak ke arah yang menyentuh kalbu, sekadar sentuhan ego dan kebanggaan yang dianggapnya seperti kebahagian yang sebenarnya. Mungkin sains itu memberi alat untuk memudahkan manusia, tapi, mereka yang berminat ke arah sains sebagai idea, memilih untuk meminati menafsir sains, dengan harapan, mereka boleh menjawab persoalan asas ( fundamental question of human being) hidup manusia, akhirnya, mereka sekadar tafsir yang tiada kesudahannya, kerna ilmu itu sekadar berpusing-pusing tanpa arah yang boleh memberi petunjuk kepada pencarian mereka.

Dan, cara ini diikuti oleh ilmuwan Islam, kerna mereka nak mencari juga apa yang dicari oleh Barat. Mereka tafsir sains, yang hanya mereka katakan perlu saintifik dengan tidak memasukkan petunjuk wahyu dalam tafsiran sains itu, kerna Islam adalah agama sahaja, bukannya pandangan alam, yang boleh mentafsir sains dengan cara yang bukan secular.  Akhirnya, sains yang mereka faham juga tidak bisa masuk ke kalbu, kerna sains itu tidak boleh menunjukkan erti sebenar ilmu.

Sains itu sekadar alat untuk bergembira (sains sebagai idea) agar ada alat yang boleh digunakan apabila berbincang dengan saintis ateis. Akhirnya, ateis menganggap sains itu bebas nilai, kerna sains yang difahami mereka, sama dengan sains yang difahami oleh orang yang beragama. Mereka akhirnya mempersoalkan, apa beza sains yang saya faham, dan sains yang difahami oleh mereka yang bukan ateis?

Mereka tidak tahu, bahawa tafsirannya yang lain, dan tujuannya lah yang lain. Mungkin juga metodologinya lain, di mana mungkin ada ilmuwan yang menggunakan metafizik untuk membantunya memahami dunia, dan dengan bantuan metafizik itu, ilmuwan itu bisa membuat teori baru, yang boleh dimatematikkan, tetapi, idea itu tidak lari daripada idea metafizik. Tetapi, idea metafizik itu dibuangnya (mungkin dia sendiri membuangnya, atau ilmuwan lain), kerna metafizik tidak bisa dalam erti empirical sains. Akhirnya, ditafsir nya hasil sains itu menggunakan nilai yang ada di dalam hatinya, nilai yang berimankan sains empirical. Dan, metafizik itu dibuangnya jauh-jauh.

Dan, ilmuwan lain akan katakan bahawa metafizik itu tidak bisa membantu dalam pengkajian. Akhirnya, metafizik dibuang daripada erti sains idea, kerna mereka mahu, sains sebagai idea itu ditafsir secara objektif tanpa bantuan pandangan alam mengenai metafizik. Tapi, secara tidak sedar, mereka tafsir sains itu menggunakan nilai ateis.

Mungkin, ada yang tidak meminati sains sebagai idea, akhirnya dia hanya ke arah sains sebagai research (sains sebagai kajian/pengkajian). Tapi, perlu diingat, kerna, mereka yang meminati sains sebagai kajian dan juga sains sebagai alat, tidak meminati falsafah sains, tidak meminati berbincang mengenai kelemahan sains, metodologi sains, objektif atau subjektif sains, mengenai hasil tafsiran kajian mereka, di mana tafsiran itu dipengaruhi oleh unsur nilai yang ada di sanubari masing-masing, yang berbeza pandangan alam, kebijaksanna, kefahaman sumber ilmu. Akhirnya sumbangan mereka di dalam sains hanyalah berbentuk kajian. Sumbangan mereka itu, baik kepada komuniti sains, tapi, cara mereka, faham mereka, sains mereka akan ditafsir oleh ilmuwan lain, dan hasil tafsiran itu akan digunakan untuk dijawab oleh ilmuwan lain ketika mereka menjawab bahawa sains itu adalah bebas nilai, kerna, mereka anggap sains yang difahami oleh sains yang beragama itu, sama dengan sains yang difahami oleh ahli sains yang ateis. Sedangkan yang sama hanyalah faham mereka dalam erti sains sebagai pengkajian, bukannya sains sebagai idea.

Adakah ini menunjukkan bahawa sains itu tidak perlu ditafsir, tidak perlu difalsafahkan kerna hanya membawa kepada kekeliruan sahaja? Ya, sains itu tidak perlu ditafsir, kerna, tafsiran hanya membawa kepada perbezaan yang ketara, kerna tafsiran itu dipengeruhi oleh nilai masing-masing. Tapi, bagaimana sekiranya sains itu juga hendak ditafsirnya, dengan alasan ingin melihat kebenaran atau ingin mencari kebenaran? Pada pendapat saya, perkara itu boleh, tapi, apa sumber tafsiran itu? Dan adakah tafsiran itu dilimitkan dalam erti sains empirical semata-mata? Adakah tafsiran itu boleh membawa kebenaran atau hanya menolak kebenaran? Dan adakah benar sains itu boleh membawa kebenaran, sedangkan, ramai yang tafsir sains akhirnya, tafsiran itu tersimpang jauh, dan hanya membawa bibit kekeliruan kepada si penafsirnya, dan bibit kekeliruan itu disebarkan dan diminati oleh ilmuwan lain pula, dan cara itu tersebar meluas, dan akhinya sains itu menjadi sia-sia. Sebab itu, ada golongan yang hanya memandang sains sebagai kajian dan teknologi/aplikasi sains, tanpa perlu menyibukkan diri dalam penafsiran sains, kerna mereka tidak perlu menafsir sains, kerna mereka sudah ada pegangan ruhani.

Mereka seperti ini, kebanyakan melihat sains sebagai alat, tanpa perlu sains itu menyedarinya akan kegunaan pandangan alam sebagai sumber ilmu, kerna sains sebagai alat tidak perlu bantuan wahyu untuk menghasilkan alat untuk memajukan manusia (yang hanya adalah adab dan etika kepada alam). Tetapi, perlu diingat, cara mereka akan digunakan sebagai hujah untuk menjawab bahawa sains itu adalah bebas nilai, dan tidak memerlukan agama. Dan seperti diterangkan di atas, mereka telah samakan sains sebagai idea dan sains sabagai alat.

Sains sebagai idea boleh mendatangkan perkara sia-sia, apabila ditafsirnya sains itu ke arah kebatilan. Dan tafsiran itu juga boleh salah, kerna kefahaman manusia lain walaupun sama pandangan alamnya, kerna kebijaksanaan dan kefahamannya mengenai sumber ilmu sebenar lain dengan manusia lain. Dan, pandangan alam seseorang boleh juga membantu memajukan sains, kerna mempunyai sumber, yang boleh terhasil daripada fahaman mereka terhadap sumber, dan hasil sains itu yang didapati dari kefahaman itu boleh ‘difizikkan’ dan ‘dimatematikkan’, tapi, ‘difizikkan’dan ‘dimatematikkan’ juga mempunyai limit, apalagi fizik itu sekadar empirical sahaja.

Hasil sains ke arah alat dan kajian sama, tapi, tafsiran lain. Dan:


Adakah sains itu perlu ditafsir? Atau sains itu sekadar hanya alat untuk membantu manusia? Tapi, bagaimana sains sebagai idea? Adakah sains sebagai idea itu perlu ditafsirkan berdasarkan pandangan alam seseorang, kerna sains sebagai idea dianggap sekadar empirical yang objektif bebas daripada unsur-unsur nilai. Tapi, tafsiran yang mereka buat, telah mereka tunjukkan penipuan mereka, kerna tafsiran itu, penuh dengan nilai fahaman alam mereka. Tafsiran mereka, mereka gunakan pandangan alam orang yang tidak beragama, yang akhirnya membawa kepada tafsiran faham alam yang palsu.

Di sinilah masuknya ilmu hikmah dalam memahami batasan ilmu sains sebagai idea.


……


Adakah  sains sebagai idea itu perlu ditafsir, dengan fahaman objektif… Mungkin mereka nak pisahkan psikologi daripada sains, agar sains dianggap bebas nilai. Akhirnya mereka sendiri tunjukkan nilai mereka, faham ilmu, faham alam, faham metafizik, faham psikologi mereka. Mereka hanya penipu diri mereka, apabila mereka katakan sains itu bersifat neutral, kerna mereka lihat sains sebagai pengkajian, bukan sains sebagi idea. Mereka lihat sains Abdus Salam, sama dengan kajian sains Steven Weinberg, tapi, bagaimana tafsiran sains mereka (Abdus Salam dan Steven Weinberg)? Bagaimana tafsiran sains sebagai idea mereka? Adakah juga sama? Atau sama kerna masing-masing hanya melihat kepentingan sains sebaga kajian dan alat sahaja tanpa memikirkan sains sebagai idea, atau kerna, sains sebagai idea itu, hanya merosakkan kajian sains sahaja, kerna dianggap tidak mendatangkan apa-apa?

Memang benarnya apa yang dikatakan Prof al-Attas, bahawa sains itu hanyalah alat bukan penilai kehidupan. Apabila dijadikan penilai kehidupan, maka ilmu itu bertukar menjadi sihir, yang hanya memberi kekeliruan yang tiada penghujungnya. Dan sains sebagai idea itu, perlu ditafsir, guna ilmu yang lebih tinggi daripada sains, dan mungkin juga, hasil tafsiran sains itu, akan ditolak oleh ilmuwan ateis, kerna dianggap tidak saintifik, tidak sesuai dengan falsafah sains Popper. 



Tapi, apa itu falsafah sains Popper?


















Ulasan

Catatan Popular