Blog ini
Kebanyakan dalam blog ini, adalah sastera rosak semata-mata, tulisan dibuat sekadar untuk fantasi sahaja, tulisan dirosakkan agar keghairahan menulis jelas, walaupun banyak kurang adabnya. Blog ini juga, sebagai peneman aku, untuk meluahkan perasaan, apabila terasa anarki kerna persekitaran. Blog ini juga sebagai tempat luah kerna aku lebih suka luah rasa aku di dalam blog ini daripada luah kepada manusia lain, kerna di dalam blog ini, tiada siapa kenal aku.
.
.
.
.
.
Sastera ini banyak rosaknya, tapi, jangan ikut, kerna semua ini adalah proses aku , untuk mencari sesuatu. Oleh itu, semua ini sekadar sastera rosak sahaja, rosak kerna aku tafsir keadaan dan menulisnya dalam kerosakan minda dan hati aku. .
.
.
.
.
.
.
Jangan kerna kerosakan, maka kau menyusun ayat untuk cakap di realiti, lebih baik tulis kerna semakin hari, baru rasai bahawa tulisan itu salah. Lebih baik tulis dalam bayang-bayang, dan jangan sebarkan kepada mereka yang kau kenal, kerna sastera rosak bakal jadi alat untuk dibencikan ke atas diri kau.
.
.
.
.
.
Lebih baik menjadi shadow dan low profile.....
Ulasan
Catat Ulasan