Ilmi 44
Kerna maklumat dianggap ilmu, maka yakin berkata-kata, menyebarkan kepada awam, aku tidak sedar, bahawa aku tidak layak berkata-kata, aku rosak, kerna tidak sedar akan semua itu. Banyak lagi aku tidak tahu akan banyak perkara, sebab itu lebih baik diam, dan jika hendak berkata-kata, lihat sekeliling, kerna bukan semua perlu dicakapkan, sedangkan aku sendiri rosak kerna tahu akan kiri ideologi. Lebih baik diam, daripada berbicara sistem di khayalak ramai, lebih baik diam, dan hasilkan sastera rosak, dan anggap saja sastera rosak itu sekadar khayalan... tapi, bagaimana ada yang terpengaruh dengan sastera rosak... seandainya dia terpengaruh, maka dia juga akan rasai apa itu sedar, apalagi dia sedar bahawa dia kurang ilmu, kerna, dia akan tahu, bahawa idealiti dan realiti adalah berbeza, semua boleh menerima realiti, tapi sukar terima idealiti... .
.
.
.
Aku rosak, dan sastera ini juga rosak. Aku rasa rosak, kerna rosak akan akal dan hati... diam, lebih baik aku diam, dan hasilkan saja sastera rosak... tapi, adakah itu diam, andai kata menulis sastera rosak? .
.
..
.
.
Atau, sastera adalah peneman?
.
.
.
Aku rosak... ya aku rosak... dan apa yang aku tahu hanya untuk aku... dan latih berdiam diri.. latih dan latih untuk berdiam, walaupun tahu perkara itu, kerna banyak lagi pendapat yang lebih baik... diam dan diam..
.
.
.
.
.
Dan, ke arah sains teknologi, saja mungkin sesuai untuk aku cakapkan... walaupun, mungkin aku nanti kelihatan seperti materialistik... tapi, itu keputusan aku......
.
.
.
.
.
.
Ulasan
Catat Ulasan