--Aku--
Aku benci diri aku,
aku benci karekter aku,
aku benci personaliti aku,
aku benci aku....
Tapi, aku tetap aku,
aku tetap diri aku,
walaupun aku benci aku,
kerna diri perlukan aku,
agar aku boleh sedar aku,
agar aku boleh rasa aku.
Tapi, aku dah rasa penat,
penat sangat,
dengan diri aku,
aku rasa sengsara berteman aku,
aku rasa kosong merasai aku,
aku rasa seksa bersama aku...
Aku nak lari,
lari daripada aku,
tinggalkan aku,
agar aku boleh rasa bahagia,
bukan bahagia bersama ego aku,
tapi rasa bahagia tanpa aku...
Aku takut,
aku tidak bisa tahan,
dengan aku ini,
kerna aku rasa nak memberontak,
rasa hendak menerima sahaja aku ini,
tanpa nilai baik atau tidak,
walaupun aku sendiri bakal rasa sengsara,
kerna aku berkawan dengan aku.
Aku benci aku,
aku benci aku yang ada di dalam ini,
tapi itu adalah aku,
adakah aku perlu buang aku,
agar aku bahagia,
atau aku perlu kekalkan aku,
kerna itu adalah aku yang sebenar,
kerna aku itu adalah ciri-ciri aku.
Tanpa ciri-ciri itu,
aku sekadar tanpa personaliti,
sekadar personaliti lakonan ilusi aku.
Apa yang perlu aku lakukan dengan aku itu?
Terima sahaja aku?
Atau buang aku, selama-lamanya?
Aku pilih aku,
kerna itu ciri aku,
walaupun aku rasa seksa,
rasa kosong, rasa sakit, rasa hitam,
menerima dan bersama aku...
depression + anxiety = internal suicide / internal death
Ulasan
Catat Ulasan