Cinta

Cinta... hmmmm...
Cinta dilihat dikala dulu indah,
cinta dilihat kerna drama TV indah,
cinta dimimpikan,
cinta dikhayalkan,
cinta sumber inspirasi,
cinta dua insan yang senyum,
dikala mata terpandang sesama sendiri.
Cinta itu terasa indah,
kerna,
boleh ubah insan jadi baik,
boleh tawarkan kesedihan,
boleh menemani jiwa yang kesunyian,
boleh menyentuh jiwa yang tengah anarki,
boleh menarik hati yang tengah dalam kegelapan,
juga, cinta itu,
boleh membuatkan insan tersenyum,
walaupun masalah berlaku...
Cinta itu indah,
memberi inspirasi kepada syair,
memberi inspirasi untuk hidup,
melihat warna warni pelangi dunia,
pengalaman cinta indah,
senyum dikala dia senyum melihat diri,
senyum dibalas tersentuh hati,
cinta tetap indah,
walaupun sekadar bertepuk sebelah tapak tangan sahaja
kerna itu cinta.....
Tapi,
semua itu hanya khayalan,
kerna cinta bukan itu sahaja,
cinta itu dikawal ekonomi,
cinta itu dikawal rupa,
cinta itu dikawal karekter..
Cinta,
dulu dilihat indah,
sekarang seperti sampah sahaja.
Cinta,
dulu terasa indah,
walaupun bertepuk sebelah tangan,
tapi sekarang,
rasa indah itu hilang,
rasa inspirasi itu hilang,
rasa syair itu hilang,
kerna, cinta dalam inspirasi dan syair,
hanyalah khayalan semata-mata,
cinta hanya ada dalam dunia drama,
sedangkan drama juga dikawal ekonomi, dan paras.
Cinta dilihat seperti kegelapan,
cinta dilihat seperti pain,
yang membawa ke arah kegelapan..
Dan, dia berubah,
cinta tidak lagi dia hiraukan,
cinta tidak lagi dia harapkan,
romantis bagi dirinya sekadar permainan drama,
lakonan semata-mata untuk tingkat ekonomi,
semua palsu, di era moden ini.
Cinta hilang dari hatinya,
cinta romantis tidak lagi dia inspirasikan,
sekadar permainan ayat sahaja,
untuk teruskan hidup di era ini...
Real love does not exist anymore...

Ulasan

Catatan Popular