Kisah ke arah pencarian

Kegelapan,
menjadi simbol akalnya,
hatinya, karekternya,
dan pandangannya...
sasteranya rosak disampahkan,
agar sesuai dengan serabut mindanya,
dan kesengsaraan hatinya,
yang tidak tahu arah,
dalam kegelapan ilusinya,
yang dia sendiri jadikan sangkar,
agar dia bisa hilang tanpa kewujudannya disedari....

Buat apa nak jadi karekter utama dalam hidupnya sendiri,
hanya memenatkan,
kenapa nak terkenal,
kerna itu hanya memenatkan..
Lebih baik hidup tanpa harapan,
tanpa impian,
tanpa cita,
tanpa pandangan jauh...
semua itu hanya memenatkan,
lebih baik hidup dengan kemalasan,
banyak rehat,
dan kurang tekanan..
walaupun dipandang hina masyarakat.

Buat apa nak sibuk dengan dunia,
yang hanya memberi kegembiraan ilusi..
Rosak akal,
rosak hatinya,
kerna dia lari,
daripada semua itu..
Dia sengsara,
tanpa tujuan,
tanpa harapan,
sekadar angannya sahaja yang tinggal..

Dia hilang tanpa disedari,
kerna itu pilihannya..
...



































Ulasan

Catatan Popular