-siapa aku-
Aku dah terlalu lama hidup dalam dunia fantasi,
hinggakan aku lupa rasa gembira di dunia realiti,
aku lupa,
apa itu gembira,
di kala jiwa aku di realiti,
aku hanya tahu gembira,
di ilusi sahaja,
walaupun gembira itu hilang di saat jiwa aku kembali ke realiti.
Aku rindu gembira itu,
dan aku mahu tinggalkan gembira di dunia fantasi,
tetapi,
akhirnya,
aku tetap mencari gembira di fantasi jua..
Aku rasa kosong,
kosong sangat,
jiwa kosong,
hati kosong,
akal kosong...
Tapi, walaupun rasa kosong,
rasa seksa dan sengsara tetap ada...
Siapa aku sebenarnya?
Aku suka hidup di realiti atau di fantasi?
Aku siapa sebenarnya?
Aku nak lari dari semua ini,
aku nak tinggalkan semua rasa ini,
rasa sakit, sengsara, gembira, pain, darkness, kosong, sedih, semangat , semua rasa, yang aku rasa sekarang ini,
kerna semua itu ilusi sahaja...
Aku nak aku yang dulu...
yang tahu apa itu gembira di realiti,
bukan seperti aku yang sekarang,
yang hanya hidup di fantasi sahaja,
yang hanya rasa gembira di fantasi sahaja,
di kala aku ke realiti,
hanya rasa kosong saja yang aku temui,
hanya rasa sengsara sahaja yang aku rasai.
Aku tetap memilih fantasi walaupun fantasi itu sekadar ilusi,
walaupun rasa seronok dan gembira itu ilusi sahaja...
Aku nak lari daripada fantasi aku,
tapi aku tetap kalah,
melawan semua itu...
kerna realiti aku rasa kosong,
walaupun real....
Hati aku dah rosak,
akal aku dah rosak,
sebab itu aku mula membenci diri aku,
aku membenci jiwa aku,
aku nak jauh pergi tinggalkan aku,
kerna aku tidak cintai aku..
Do you love you?
Aku dah rosak,
maka fantasi sahaja yang sesuai untuk aku,
kerna fantasi hanya aku sahaja ada...
Aku rasa kosong,
akhirnya,
walaupun aku abaikan realiti aku,
kerna tanpa realiti,
bagaimana fantasi boleh ada?
Adakah aku rasa kosong,
kerna aku hidup dalam dunia manusia lain?
Drama, variety show, anime, dan fantasi aku sendiri..
Aku dah lama hidup dalam dunia manusia lain...
dalam rekaan drama, anime, variety show....
dan juga dalam rekaan fantasi aku sendiri...
Bagaimana aku nak lari daripada semua itu?
Commit suicides?
Ulasan
Catat Ulasan