-- who are you --

Wujudnya dunia kekosongan di dalam kesunyian hati aku,
aku lemas dalam lautan kegelapan,
di kala aku hilang harapan.
Kesunyian jiwa telah mengajar aku, 
menyedari sanubari aku yang telah lama bermimpi,
bahawa kegelapan adalah dunia aku,
sesuai untuk kesengsaraan jiwa aku.
Aku terperangkap dalam dunia kekosongan,
disangkari pagar kegelapan,
dipagari kesunyian jiwa aku,
aku ingin berlari keluar meninggalkan semua ini,
tapi rasa kekosongan jiwa aku tetap memilih untuk terjun ke lautan kegelapan. 
Dunia kegelapan ini terlalu indah,
kerna akalku merasai depression,
jiwaku merasai anxiety..
Laugh in despair katanya,
smile in despair katanya.


Oo darkness,
I came back again,
to talk to you,
my best friend.


Aku rasa kesunyian,
bukan kerna ketidakwujudan manusia, 
tapi kerna kekosongan yang terbenam dalam hati aku,
kerna itu aku menjauhkan diri dari manusia,
kerna manusia sekadar harapan ilusi. 
Lebih baik aku bersendirian,
merasai kekosongan dalam kegelapan, 
daripada membazir masa,
berlakon di depan manusia,
walaupun aku rasa sengsara,
kerna internal suicide akhirnya.
Semua usaha yang aku lakukan untuk lari daripada kekosongan jiwa ini,
untuk terbang keluar daripada kegelapan ini,
hanyalah sekadar menambah lagi rasa kekosongan,
dan aku semakin terperangkap jauh, di dalam dunia kegelapan ini.
Semua usaha yang aku lakukan,
hanyalah sia-sia belaka,
kerna tanpa aku sedari,
sangkar ilusi ini semakin nyata kewujudannya,
semakin rasa kedalamannya.
Akhirnya, aku sedari,
dan aku terima kesedaran itu.
Kenapa nak keluar daripada dunia kekosongan ini?
Lebih baik rasai sahaja,
keindahan pain kekosongan,
dan kegelapan yang ada,
dalam dunia kesunyian ini,
dalam dunia internal suicide ini. 
Bukankah senyum ketika merasai pain lebih indah,
berbanding senyum kerna keindahan palsu yang berilusi sementara?
Mabuk dalam dunia depression ini sungguh indah.
Mabuk dalam dunia kekosongan ini sungguh indah,
kerna kegelapan ini mengajar aku, 
bahawa betapa indahnya mereka yang dalam cahaya.
...
Di dunia real,
aku sekadar patung,
yang umpama tiada perasaan.
Lebih baik aku berdiam diri sahaja,
kerna aku memang tidak berguna di “sana”.
Lebih baik terima kegelapan depression ini,
sebagi sahabat sejati aku,
sebagai dunia sebenar jiwa kekosongan aku.
Dan, aku mula belajar gembira dalam kegelapan depression,
aku belajar senyum dalam kekosongan jiwa,
aku belajar berjalan dalam dunia kesunyian,
dan aku belajar hidup externally, 
walaupun, deep inside my heart,
aku dah lama suicide,
internal suicide.

Hati kecilku pernah berkata,

Hilangkan namamu, kerna dunia kau dalam kegelapan, hilangkan kewujudanmu, kerna jiwa kau dalam kekosongan, hilangkan impianmu, kerna kau terperangkap dalam depression, hilangkan dirimu, kerna kau kerosakan, hilangkan pengetahuanmu, kerna itu sia-sia sahaja, hilangkan ilmumu, kerna kau tidak layak menyimpannya, dan penting sekali,  hilangkan kegembiraanmu, kerna itu hanyalah internal suicide.”

Hati itu berkata lagi

“Jadilah sekadar bayang-bayang, yang tidak dikenali oleh sesiapa pun, yang tidak dikisahkan oleh sesiapa pun, kerna itu lebih selamat, untuk diri kau, dan juga untuk ‘kau’.”

.......

The one who always live in a deep of darkness, doesn’t care whether there are monster in the dark or not, because he himself is a monster, monster that always wear a human mask, just to hide from their own darkness mind, and emptiness heart.

.....

I want to “partially” amnesia,
to forget who am I,
‘I’ that exist in my mind and heart..
I want to forget ‘I’,
‘I” that always feels,
the feeling of emptiness and darkness....
In my miserable world....


......


“I am sorry because I exist in your world...”











Ulasan

Catatan Popular