Suicide Internally



Hidup... aku nak buat apa sebenarnya dalam hidup ini?
Aku nak apa sebenarnya dalam kehidupan ini?
Siapa sebenarnya aku dalam kehidupan ini?
Tapi, kenapa aku berfikir semua itu?

...

Kenapa minda aku rasa seksa?
Kenapa hati aku rasa kosong yang teramat sangat?
Hinggakan aku malas meneruskan kehidupan,
malas untuk mendengar impian hati aku.. kenapa ?
Kenapa aku merasai semua ini?
Apa kesalahan aku sehinggakan aku seperti ini, seperti mayat hidup?
Kenapa aku tidak minat hidup seperti manusia biasa, ada rumah, kereta, isteri ,
semua itu menjadi impian?
Kenapa aku tidak minat dengan semua itu?

...

Hidup ini aku rasa kosong,
seperti tiada apa-apa lagi yang aku minat.
Minda aku rasa sengsara,
melawan kekosongan hati aku dan permainannya.
Hati aku penuh dengan kekeliruan,
hasil serabut yang dihasilkan oleh minda aku.
Aku penat masuk ke fantasi manusia lain,
aku terasa lelah melayan fantasi lain.
Fantasi rekaan manusia itu indah dilayan,
tapi dikala aku habis melayan fantasi itu,
aku terasa kosong, sangat kosong, aku lemas dalam kekosongan ini..
Tapi, kenapa juga aku masih melayan fantasi rekaan mereka?
Aku nak hidup dalam realiti aku,
bukannya hidup dalam fantasi rekaan manusia lain....
walaupun fantasi itu indah berbanding realiti aku.......

Aku benar-benar dah rosak,
rosak hasil kekosongan,
rosak kerana nak lari daripada realiti aku...

Aku penat merasai kekosongan,
aku penat merindui aku yang dahulu,
aku lelah merasai keindahan kegelapan,
aku rasa sunyi hidup dalam sangkar kegelapan ini...



Wujudnya dunia kekosongan yang aku sembunyikan dalam hati ini...

Wujudnya harapan kecil untuk keluar daripada kegelapan,
tapi harapan itu semakin hari semakin hilang,
cahaya harapan dalam hati aku semakin malap,
ditelan cahaya kegelapan,
hati aku rasa lemas,
dalam kesesatan kegelapan,
hati aku rasa seksa,
jiwa aku rasa seksa,
merasai kekosongan ini.

Tolong aku,
tolong aku untuk keluar daripada semua ini...
Tolong aku,
untuk kembali ke realiti,
dan berhenti melayan fantasi rekaan manusia lain,
dan berhenti melayan ilusi rekaan sendiri...

Tolong aku, untuk aku terima realiti aku.
Tolong aku, untuk merasai kegembiraan sebenar.
Tolong aku, untuk tidak berhenti berharap.
Tolong aku, untuk tidak membunuh diri internally...

Aku merindui dia,
dia yang bakal membantu aku.
Aku merindui dia,
dia yang bakal mencintai aku,
agar dunia aku kelihatan indah semula,
agar dunia aku tidak berwarna hitam putih lagi.

Aku merindui dia,
dia yang bakal menghulurkan tangannya,
membantu aku untuk keluar dari kegelapan ini.
Aku merindui dia,
dia yang bakal senyum ketika melihat aku,
dan senyuman itu menyelam masuk ke dalam hati aku,
membuang kekosongan yang ada di dalam hati ini.


Aku rindu dia,
dia yang bakal muncul dalam hidup aku,
aku rindu wajahnya,
wajah yang bakal menyentuh hati ini,
aku rindu suaranya,
suara yang bakal mengusir kesengsaraan jiwa ini,
aku rindu senyumannya,
senyuman yang bakal menarik aku keluar dari kegelapan ini,
aku rindu karakternya,
karakter yang bakal membuatkan hati ini melupakan keindahan fantasi,
aku rindu rasa cintanya,
cinta yang bakal terbit di hati ini ketika memandangnya...

Tapi....

Tapi, aku tahu semua itu sekadar  ilusi aku,
aku tahu semua itu hanyalah harapan palsu yang aku reka,
agar aku masih meneruskan kehidupan ini.
Aku tahu semua itu ilusi rekaan aku sendiri,
agar aku bersemangat dalam kehidupan,
agar aku masih boleh senyum dikala kegelapan memeluk aku.

Aku tahu,
aku tahu semua itu harapan ilusi,
yang aku reka hasil kerna fantasi manusia lain yang aku layan.
Ya, aku tahu,
bahawa semua itu ilusi,
kerna itu semua hanyalah sekadar idea,
idea cinta yang hanya wujud dalam akal sahaja.
Semua itu ilusi sahaja,
kerna kisah itu hanya wujud dalam ilusi,
kisah cinta itu hanya wujud dalam fantasi sahaja.

Dia itu tidak wujud dua alam nyata,
dia hanya wujud dalam harapan ilusi sahaja,
dia itu tidak wujud di realiti,
kerna realiti berbeda daripada fantasi,
dia itu sekadar harapan ilusi,
kerna aku yang ilusikan kewujudan dirinya.

Dia itu tidak wujud di realiti ini,
dia hanya wujud dalam minda aku sahaja,
dia aku kisahkan hanya  untuk kegembiraan ilusi aku sahaja,
untuk melupakan sementara kesengsaran kekosongan,
di alam kegelapan ini.
Dia aku reka,
agar hati aku mempunyai harapan,
agar aku bisa memandang keluar daripada keindahan kegelapan ini,
buat sementara waktu,
walaupun akhirnya semua itu hanyalah ilusi belaka.,
ilusi bodoh akal dan hati aku yang rosak ini.

Kisah fantasi memang indah berbanding realiti,
sebab itu aku masih memilih untuk lemas dalam fantasi,
lemas dalam kegelapan ilusi,
lemas dalam kekosongan fantasi.

Aku dah lama berhenti berharap di realiti ini,
aku hanya tahu untuk berharap di fantasi sahaja...
Aku dah lama meninggalkan suara impian yang ada dalam hati ini,
aku hanya tahu ikut sahaja,
apa-apa yang berlaku,
tanpa mengharapkan apa-apa yang indah terjadi.
Aku juga tidak berharap kehadiran dia,
kerna dia telah lama wujud dalam ilusi aku.
Aku tidak harapkan cintanya,
kerna cinta yang aku harapkan hanya wujud dalam dunia idea aku sahaja.



... 




Aku bersendirian dalam dunia kegelapan ini,
kerna aku seorang sahaja yang ada di alam ini.
Aku kesunyian melayan kekosongan hati ini,
berjalan berseorangan berteman dengan  lagu kegelapan,
tapi, aku tidak mahu berharap kehadirannya,
untuk menghulurkan tangannya,
untuk senyum di kala melihat aku.
Aku tidak mahu kehadirannya,
kalau kehadirannya itu aku gunakan untuk aku keluar dari dunia kegelapan ini,
aku tidak mahu dia membantu aku,
kerna dia itu tidak wujud,
dan, aku tidak berharap untuk semua itu,
kerna berharap itu menyakitkan,
dan, aku dah lama berhenti berharap untuk semua itu.

Aku juga tidak percayakan cinta romantis,
semua itu hanya ilusi yang aku reka semata-mata,
agar kisah aku seperti kisah drama,
agar kisah aku sama seperti kisah fantasi rekaan manusia lain.
Cinta romantis itu tidak lagi wujud...
maka, dia itu tidak wujud di realiti ini....
dia hanya wujud di akal akal aku sahaja...

(Bagaimana aku nak percaya kewujudannya di realiti ini,
sedangkan aku sendiri tidak percaya akan diri aku ini...
maaf... kerna akal dan hati aku dah rosak teruk,
hasil terlalu lama menyelam di alam kegelapan,
yang penuh dengan kekosongan, kesengsaraan, putus asa, suicide,
semua itu salah aku, kerna masih tetap menyelam di alam itu,

walaupun aku tahu, aku bakal lemas...)

Ulasan

Catatan Popular