Hujan (08.06.2016)
Masa itu hari hujan,
aku termenung bersendirian duduk di tepi tingkap,
melihat hujan membasahi bumi,
keluar aku seketika dari alam minda,
melihat dunia empirikal,
agar hati aku tenang,
agar minda aku bisa berehat sebentar,
daripada kegelisahan jiwa.
Masa itu hari hujan,
aku menulis ini di tepi tingkap,
selepas aku puas sengsara hidup di dunia insan lain...
Aku bersendirian di bilik ini,
tapi bukankah aku sentiasa rasa bersendirian,
walaupun di mana jua,
kecuali di keluarga ku...
Aku rasa, aku dah lama tidak memerhati alam,
yang disirami hujan,
ditemani angin yang bertiup tidak menentu arah,
aku sibuk dengan fantasi,
hinggakan empirikal aku abaikan...
Hujan, hujan aku nak bermain hujan,
agar depression ini hilang disirami hujan.
Aku nak bermain hujan,
seperti dahulu,
tanpa memikir kesengsaraan ini.
Aku nak bermain hujan,
agar fikiran ini hilang,
fikiran yang telah lama bersarang di minda aku,
yang telah lama berkurung di minda aku,
fikiran yang mengatakan bahawa aku tidak boleh gembira...
Aku nak berhenti menulis,
sementara, untuk melihat alam,
untuk melupakan "aku" yang ada di fantasi sana...
Ulasan
Catat Ulasan