Inovator

Inovator.. hmmm
Aku nak jadi si inovator seperti mana Nicola Tesla, tapi, lama kelamaan hadir satu pemikiran yang baru, di mana pemikiran itu mempengaruhi impian aku itu.
Inovator.... untuk apa sebenarnya?
Aku melihat teknologi era ini merosakkan alam sahaja.. inovasi untuk apa lagi... adakah inovasi dengan alasan untuk sedapkan hati sendiri dengan mengatakan bahawa inovasi teknologi yang mesra alam?
Alasan... semua itu alasan...
Alam rosak, kerna teknologi, jadi adakah alam akan pulih melalui teknologi juga? Sains menghasilkan teknologi yang merosakkan dan lahirnya fanatik materialistik...
Aku bukan anti sains, tapi aku anti dengan manusia yang menggunakan sains untuk jadikan alam ini sebagai sumber kewangan semata-mata. Bagi aku itu bukan sains, tapi ilmu sihir semata-mata.
Sains itu suci, tapi telah dicemari dengan nafsu kapitalis si manusia, yang menganggap sains adalah hasilkan material semata-mata, sains sekadar teknologi mereka anggap.
Bagi aku, sains itu bukan sekadar teknologi. Aku belajar sains kerna nak faham alam, bukan semata-mata nak hasilkan material yang dianggap teknologi. Aku nak faham sains itu apa, apa limit sains, apa hubungan sains dengan agama, apa falsafah sebenar sains, apa sains boleh menerangkan alam dengan sebenar atau sains itu ada limit. Sebab itu aku belajar sains, bukan kerna material.... semata mata...

Ulasan

Catatan Popular