Sastera ini hancur
[17-7 8:23 PTG] Mad: Personaliti aku hasil abiogenesis aku di dalam aku...
[17-7 8:24 PTG] Mad: Aku di alam fantasi ini kalah melawan monster depress, anxiety meluas dalam kegelapan, kekosongan terhasil kerna tekanan beza ideologi, nihil terasa kerna nak tahu semua.
[17-7 8:25 PTG] Mad: Aku di sana tak hidup, hidup makna real, aku di sini hidup real, tapi tak terasa hidup, kerna masaku banyak habis di sana.
[17-7 8:26 PTG] Mad: Sebab itu personalitiku dan karekterku ini adalah abiogenesis aku di sana...
[17-7 8:28 PTG] Mad: Aku sibuk di sana, dan malas di sini. Kelihatan buang masa, kerna sibuk melayan sesuatu yang tidak wujud, dan abaikan apa yang ada di depan mata real. Aku terima itu, dan aku hasilkan sastera rosakku ini...
[17-7 8:31 PTG] Mad: Aku abstrak di sana, kerna aku sahaja kenal aku di sana, kenal tanpa hak pancaindera, tapi mungkin hati dan akal bisa diterima sebagai pancaindera yang sedar kewujudan aku di sana...
[17-7 8:32 PTG] Mad: ...walaupun akhirnya.. aku ini abnormal...
[17-7 8:32 PTG] Mad: ... dikatakan...
[17-7 8:33 PTG] Mad: semua itu absurb... kerna aku seorang sahaja yang kenal aku...
[17-7 11:30 PTG] Mad: ...
[17-7 11:30 PTG] Mad: ....
[17-7 11:30 PTG] Mad: ...
[17-7 11:32 PTG] Mad: Aku perlu adaptasi aku yang ini dengan aku yang di sana, agar aku yang di sini tidak hilang sepenuhnya ditelan oleh aku yang ada di sana... tapi, aku yang ini juga mesti adaptasi dengan sekitarku agar aku bisa hidup bersosial tanpa perlu tunjukkan siapa aku yang ada di sana...
[17-7 11:32 PTG] Mad: ...kerna menakutkan apabila ada yang kenal dan faham aku yang sana.
[17-7 11:37 PTG] Mad: Aku ini bukanlah aerotropisme, tumbuhan yang bertindak balas kepada sahabatnya, aku ini anti-aerotropisme, kerna aku mula suka akan psikologi kekosongan dan kegelapan depression, yang langsung tidak memberi kegembiraan yang sebenar. Walaupun begitu, hati dan minda yang rosak ini, mula tafsir depression atas nama sastera rosak...
[17-7 11:40 PTG] Mad: Adakah aku ini seperti raja yang memilih abdikasi sebagai jalan penyelesaian? Aku memilih sastera rosak kerna itu sahaja yang sesuai dengan kerosakan hati dan minda aku.
[17-7 11:41 PTG] Mad: Bagaimana seorang yang rosak bisa menulis sastera seperti syair si ahli sufi?
[17-7 11:42 PTG] Mad: ....
[17-7 11:42 PTG] Mad: ....
[17-7 11:43 PTG] Mad: ...
[17-7 11:45 PTG] Mad: Bagaimana aku nak menulis gaya aforisme, sedangkan rasa depression dan anxiety hasil kerna kekosongan ini, susah untuk aku terangkan tanpa pengubahan ayat ke arah sastera rosak?
[17-7 11:50 PTG] Mad: Aku ini bukan seperti aferesis atau afesis yang ada makna apabila kehilangan, tapi, aku bisa menjadi seperti mereka andai kata aku memilih sastera rosak...agar kekosongan ini ada hasilnya...aku hilang di realiti dan merasai kegelapan, dan untuk jadi seperti mereka yany ada makna selepas kehilangan, maka aku perlu tunjukkan sastera rosak ini... bukan untuk pertunjukan keegoan, sekadar pertunjukkan bahan rosak...
[17-7 11:51 PTG] Mad: kegelapan ini sumber sastera ku...
[17-7 11:52 PTG] Mad: Kekosongan ini mengenalkanku kepada psikologi minda rosak...
[17-7 11:53 PTG] Mad: Aferesis dan afesis dah tak ada lagi dalam mindaku, kerna aku terima aku seadanya, sama ada aku ini sampah yang boleh dikitar semula atau tidak... sama ada aku ada makna selepas kehilangan atau tidak...
Ulasan
Catat Ulasan