-------------

Seandainya aku tahu ini rasanya, ini hasilnya, aku lagi prefer untuk berkurung di dunia kecil aku selama-lamanya, daripada aku tahu dunia luar.

Buat apa nak keluar daripada dunia kecil aku, andai kata dunia luar ini mengajar aku erti kekosongan.

Ya, dunia luar ini ajar aku apa itu sayang, apa itu perasaan, apa itu kawan, tapi, dunia luar ini juga ajar aku apa itu erti kosong, apa itu erti depression, anxiety, bipolar disorder.. dan kesakitan rasa itu lebih kuat rasanya berbanding kegembiraan dunia luar...

Aku menyesal mengenali dunia luar. Menyesal sangat. Aku akan menyusun ayat untuk sedapkan hati aku, tapi akhirnya, aku benar-benar menyesal kerna mengenali dunia luar. Sepatutnya aku hanya perlu berkurung di dunia kecil aku, selama-lamanya.

Apa faedah aku tahu dunia luar, andai kata kesedihan, kesakitan, keperitan, kekosongan, kegelapan, menjadi teman baik aku, menjadi sahabat baik aku?

Aku menyesal kerna mengenali dunia luar....

Minta maaf....kerna akal dan hati aku rosak...
Andai kata aku tidak keluar dari dunia kecil aku, aku tak kan rasa semua SHIT ini...

Aku lebih suka stay sebagai seorang nerd, daripada aku yang sekarang ini...








Ulasan

Catatan Popular