1. Next broken, useless,unwanted novel : Nyctophilia (may be)

Hai, nama  aku Amad, mahasiswa universiti aaaa  ….entah.. aku pun malas nak tahu aku belajar kat mana, sebab walaupun nama university lain, hasilnya tetap sama, keluarannya tetap sama, ego saja lain, kah kah kah.

Aku ini, ada masalah depresi, masalah mental, mungkin juga bipolar disorder, tak pun masalah schizophrenia. Entahlah, aku pun tak tahu, sama ada aku ada masalah mental atau tidak, sebab aku tak pernah jumpa mana-mana pakar. Buat apa aku nak jumpa mereka, in the end, mereka bagi aku dadah gak, daripada aku telan dadah, lebih baik aku terima saja kegelapan itu. Boleh aku hasilkan sastera rosak. Salah satu cara aku nak survive in this fucking asshole era aka capitalism. Kah kah kah..

....

Bagi aku lah, dunia ini sepatutnya musnah. Dunia ini patut hilang, dari pandangan mataku. Dunia ini patut dihancurkan, agar manusia tidak lagi ada. Selagi ada manusia di dunia ini, maka, selagi itu, ada kisah.

“Hai, korang buat apa kat sini..?”

“Eeeeee, mad, sebenarnya hari ini, kami ada buat majlis, nak join tak?”

“Ehhh”, aku pandang mereka.

“Sebenarnya, kami nak ajak kau, tapi lupa pula.....”

“Tak pe, tak pe, sebab malam ni aku pun ada hal...”

Aku jalan, tapi hati aku mahu lari. Aku senyum, tapi hati aku nak berhenti berdenyut. Aku lari, dan lari, dalam akalku.

“Nasib baik dia tak join”, aku terdengar suara seorang wanita berkata-kata.

“Ssssss, nanti dia dengar...”

Spesis homo sapien lain gelak, dan gelak, sambil memandang aku berlalu, macam sampah dibawa anjing.

“Fuck, aku dengarlah, bitch..”

Aku lari dan lari, jauhi tempat itu. Salah aku, kerna aku wujud, kat dunia ini. Salah aku, kerna wujud, di depan mereka. Salah aku, kerna masih hidup, di dunia indah ini.

Orang yang membawa sial tak sepatutnya wujud kat dunia ini, orang yang berkawan dengan hantu tak sepatutnya berkawan dengan mereka yang berkawan dengan malaikat.

Kisah bodoh dahulu, berlalu pergi dari akalku.

...

Aku malas nak hidup, aku malas nak hidup di realiti. Aku penat, lelah, dengan ‘keindahan’ realiti aku. Realiti yang membosankan, hasil ikutan kerna nak hidup.

Aku dah penat, lelah dengan semua ini.

“Kenapa aku wujud?”

“Aku tak pernah minta pun nak wujud kat dunia ni...”, ayat yang selalu bermain dalam minda aku.

Aku nak lari. Lari, tanpa harapan, yang seseorang bakal menghalangku. Aku nak musnahkan dunia ini, aku nak hancurkan semua ini, agar manusia tahu, apa itu keindahan pain, agar mereka tahu, kegelapan itu indah tanpa cahaya mentari.

....

Setiap malam, kerna keindahan depresi ini, aku ada masalah insomnia. Akalku sibuk melawan monster, hatiku sibuk melayan anxiety, tapi badanku pula penat kerna kesibukan semua itu. Bodoh, semua itu bodoh, langsung tidak menambahkan duit aku kat akaun. Sial punya kehidupan.

Aku benci aku, aku benci karekter aku, tapi, aku tidak tahu bagaimana nak ubah aku ini. Mungkin,aku yang lain, bisa membantu aku, untuk, jadi jahat.

Untuk orang macam aku, dunia ini, adalah tempat yang kecam, sebab itu, untuk aku survive in this world, aku perlu lagi kecam, daripada dunia ini.












Ulasan

Catatan Popular