-celaru-

Aku celaru akan pemikiran, akalku tenat dengan kerosakan, hatiku reput dengan kehancuran minda. Lemasnya aku, di akal, juga hati, kerna air pemikiran, dan air psikologiku, bertambah, tanpa limit, sampaikan aku, tenggelam, buat selama-lamanya. Aku terjun juga, walaupun aku tidak bisa berenang, kerna aku tiada tempat, untuk terjun, selain dalam hatiku, juga akalku. Aku ini, bukan seperti insan lain, bisa terjun ke dalam hati cinta, dan mendengar kisah, masing-masing, terasa indah, kerna cerita itu difahami, masing-masing. Aku ini, hancur dengan realiti, cintaku hanya ada di ilusiku, tanpa harapan di realiti, kerna semuanya, aku sembunyikan, agar hidupku, bisa berjalan, tanpa kacau-an cinta. Cinta itu, hanyalah ilusi, yang digunakan untuk lari, daripada kekosongan jiwa. Bayangkan, andai kata jiwa tak kosong, masih adakah ruang, untuk cinta romantis mekar? Tiada, kerna, cinta kan ilusi, semata-mata.


Ah! Aku malas dengan kata cinta, kerna sampah sahaja bunyinya. Lebih baik, aku terjun saja, dalam dunia psikologiku, agar aku bisa, hasilkan sesuatu dalam penulisanku, dan juga, dalam lakonan ilusiku.


Aku ini sihat, tapi, aku juga sakit.


Aku abaikan semuanya, termasuk impianku, kerna psikologiku kata, aku perlu abaikan semuanya.



Aku cemburu, dengan aku yang dulu. Aku yang bisa senyum dan tertawa, tanpa lakonan tersirat, mahupun tersurat. Aku sekarang pula, pakar lakon, semuanya lakonan, keindahan ditunjukkan, agar tersembunyi aku yang ada di dalam. Buat apa, aku nak tunjukkan aku yang di dalam, hanya buang masa sahaja.

Tersembunyi diriku yang di dalam, hanya diriku sahaja yang tahu, kerna, dalam dunia fantasiku, hanya ada aku seorang sahaja, yang ada. Aku di luar, terbang ke dalam ruang kecil, tapi aku yang di dalam, terbang luas ke langit biru, tanpa halangan. Aku di luar hidup, tapi aku di dalam mati, hanya hidup tanpa hati, mahupun rasa, sekadar kegelapan sahaja tafsiranku kepada kisah ku di realiti. Matiku di dalam, tidak sama matiku di luar, kerna luar aku berjalan, tapi dalam aku berhenti berjalan, sekadar akalku yang berjalan, dan hatiku hanya mengikuti saja akalku. Jalan ku di luar tidak sama, dengan jalan akalku di dalam, kerna aku di luar, hancur dek kerna kegelapan psikologiku , yang ajar ku berjalan tanpa semangat, tapi aku di dalam, menari tersenyum indah, walaupun aku juga hancur di ilusiku. Tapi, aku tidak kisah, kerna ilusi hancur tidak sama dengan realiti hancur, walaupun dua-dua duniaku itu hancur, kerna perkara yang sama, my mental illness..

Ada kata, fantasi itu indah, berbanding realiti. Ya, memang benar, tapi tanpa realiti tak akan ada fantasi, dan tanpa fantasi, dia dah lama tak wujud di dunia ini.


















Ulasan

Catatan Popular