era ini.....

era ini....
ramainya pencerita, pencerita maklumat yang dianggap oleh si pendengar sebagai ilmu, ramainya pencerita, pencerita yang tidak tahu beza ilmu dan maklumat, ramainya pencerita maklumat, tapi maklumat itu bukanlah maklumat, tapi sekadar pandangan, jauh sekali ilmu.. ramainya pencerita yang menyebarkan pandangan, yang dianggap sebagai maklumat, yang dianggap pula sebagai ilmu. ramainya pencerita, yang tidak tahu beza pandangan, maklumat, ilmu. pencerita yang tidak kenal hikmah.... ramainya pencerita, berbuat lawak agar didengari, agar ada pengikut, agar dipilih menjadi raja pencerita. ramainya pencerita, yang pandai copy paste kata-kata dari raja hikmah. ramainya pencerita, yang berlumba-lumba untuk bercerita, yang berlumba-lumba sebarkan "ilmu", hanya kerna ingin dirinya dipuji, kerna 'berilmu'.
Dia itu berjalan di dunia empirical, bukan kerna nak mendengar raja pencerita bercerita, tapi kerna dia mencari raja hikmah, untuk berguru dengannya. dia berguru bukan sekadar maklumat ataupun ilmu, tapi dia mencari hikmah. hikmah itu bukan sekadar luaran, tapi dalaman, hikmah itu bukan sekadar syariat, tapi hakikat, hikmah itu bukan sekadar ilmu pengenalan, tapi juga ilmu pengetahuan. tapi, hikmah itu susah dicari, kerna era ini telah mematikan hikmah, dan hanya melahirkan perlumbaan untuk menjadi raja pencerita di segenap bidang. dia mencari raja hikmah, bukan raja pencerita, walaupun raja hikmah tidak dipandang khayalak, kerna - sejak bila khayalak memberi bekas kepada hati si raja hikmah? raja pencerita pandai menyusun ayat, malah ayat itu diambilnya dari raja hikmah, tapi raja hikmah langsung dia diabaikan sumbangannya, malah tidak mengaku keilmuwannya. Dia mencari raja hikmah, bukan raja pencerita, kerna raja pencerita tidak bisa menyucikan hatinya, sekadar melupakan realitinya. dia mencari raja hikmah, untuk mendidik dirinya akan faham ilmu, faham wujud, faham psikologi, faham axiology. dia mencari raja hikmah, untuk mencari guru mendidik dirinya akan faham ihsan.
Tapi itu dulu, sekarang dia sibuk dengan psikologinya sendiri, dia abaikan semua itu. dia mula kurangkan kewujudannya di dunia empirical, kerna psikologinya telah menelannya jiwanya.

















Ulasan

Catatan Popular