Manusia
Dia takut manusia, dia takut hidup bermasyarakat. Dia itu takut akan manusia, kerna manusia telah 'melahirkan' phobia kepada manusia ke atas dirinya. Dia phobia dengan masyarakat, dia phobia ke tempat yang ramai manusia, apatah lagi ke tempat seperti program yang melibatkan ramai manusia. Dia tidak mahu dikenali, dia tidak mahu disedari kewujudannya, dia tidak mahu dipandang oleh khayalak, kerna dia selalu anggap, bahawa manusia itu, suka mencari kesalahan manusia lain. Dia phobia dengan semua itu, sebab itu, dia pilih berkurung di ruang kecilnya, bersendirian tanpa sesiapa pun, kerna itu menggembirakan hatinya yang lemah. Dia tidak mahu berubah, dia tidak mahu apa yang majoriti mahu, kalau boleh, dia mahu dia berada di ruangnya itu, selama-lamanya.
Dia takut manusia, kerna manusia suka "menikam" manusia lain, menikam "kawannya" sendiri, "menikam" dari depan dan belakang. Dia tidak suka manusia rapat dengannya, kerna manusia suka mencari kesalahan dirinya, manusia suka mencari kekurangan dirinya, dan diceritakan kekurangannya itu di belakang dirinya. Dia phobia dengan manusia, kerna manusia menakutkan. Dia lebih suka bersendirian, dia tidak kisah, dia dihina atau tidak, kerna dia tidak kisah, manusia itu menghina akan dirinya atau tidak, dan kerna, manusia itu dia tidak mahu rapat.
Masyarakat menakutkan, program menakutkan, kerna ramai manusia, yang bakal kenal akan dirinya. Dia tidak mahu dikenali, kerna, makin kenal, maka makin diketahui aib seseorang, dan aib itu bakal digunakan oleh manusia, untuk menikam dirinya dari depan dan belakang. Lebih baik berseorangan, kerna, tiada sesiapa yang bakal tahu akan aib dirinya, dan tidak ada manusia yang bakal sebarkan aib itu, dan menjadikan aib itu sebagai senjata untuk menikam dirinya. Dia suka berkurung di ruangnya, kerna di situ, dia selamat, daripada mulut manusia, dia selamat kerna tiada siapa yang bakal mencari kekurangan dirinya, walaupun dia bakal dihina, kerna dirinya seperti itu. Ah! Lantaklah, dia dihina atau dipulaukan, dia tidak kisah, kerna dia sendiri pun selalu memulaukan dirinya sendiri.
Dia tidak kisah, andai kata social anxiety-nya itu dihina, dia tidak kisah andai kata social anxiety -nya itu tidak ada manusia yang memahami, dia tidak kisah, andai kata dia ditinggalkan bersendirian, kerna dia sendiri 'meninggalkan' dirinya berseorangan melawan masalah 'psikologi' nya.
Dia pernah berfikir, dan berkata dengan dirinya seorang, di malam hari
"Mereka itu tidak tahu, susahnya hidup bersama depression ini, betapa susahnya hidup dengan adanya borderline personality disorder ini, susahnya hidup berteman dengan bipolar disorder ini, payahnya nak menghadirkan diri di khayalak kerna adanya social anxiety ini. Mereka tidak tahu, dan tidak faham, betapa susahnya hidup, kerna adanya phobia ini, di dalam hati ini. Mereka tidak faham, bagaimana setiap malam, 'dirinya' susah untuk tidur, 'dirinya' itu, susah untuk tidur ,kerna malamnya selalu ditemani dengan depression, dan anxiety juga selalu datang menemani, sehinggakan, 'dirinya' susah menutup matanya. Badannya rasa penat, matanya rasa mengantuk, tapi kerna depression dan anxiety-nya itu, akal dan hatinya tidak bisa berhenti berfungsi secara aktif, buat sementara waktu."
Tapi,
Dia tidak kisah, andai kata phobianya itu menyebabkan dirinya dibenci, dihina, dipulaukan, kerna dia bukannya menghabiskan masanya di realiti, tetapi, masanya banyak habis di dunia ilusinya sendiri. Kenapa dia nak ambil kisah andai kata realitinya hancur, sedangkan dirinya bisa gembira di ilusi rekaannya sendiri.... walaupun gembira itu sementara dan palsu.
Dia tahu, semua perkara itu berlaku, adalah kerna kesalahan dirinya sendiri, kerna dia tidak tahu, dan tidak mahu, menerangkan 'psikologi' nya itu. Dia malu, seandainya ada manusia tahu, kerna dia tahu, seperti biasa, aibnya itu bakal disebarkan, dan dijadikan senjata untuk menikam dirinya, dari depan dan belakang. Dia hanya diam, walaupun dirinya 'disalahfahami', kerna, mungkin salah faham itu lebih baik, daripada mereka tahu, minda aku seperti mana. Berlakon itu lebih baik, daripada dirinya sebenar, kerna, dia sendiri membenci dirinya, so... kenapa dia perlu menjadi dirinya sendiri, andai kata dia sendiri membenci dirinya sendiri. Lebih baik dia berlakon. Andai kata ada anugerah pelakon terbaik, dia layak dinobatkan sebagai pemenang anugerah pelakon terbaik, di realiti.
Dia mula menghilangkan kewujudannya di alam empirikal, agar dia bisa menjadikan masalah 'psikologi' nya itu, sebagai teman sejatinya, walaupun teman itu seperti parasit. Mungkin parasit itu, bisa dijadikan sumber sastera rosaknya. Dia hilang di empirikal, dan mengembara di alam akalnya sendiri, yang penuh dengan duri, dan lautan yang melemaskannya, dia hilang di empirikal, dan memasuki akalnya, melawan monster yang ada di akalnya. Dia lawan monster itu, dan sampai satu tahap, tenaganya habis, confident nya ditelan, dan akhirnya, dia hilang self exteem nya di realiti. Dia kehabisan tenaga untuk hidup di realiti, kerna dia menggunakan tenaga itu, untuk mengalahkan monster yang ada di alam ilusinya. Hasilnya juga, rasa yakinnya hilang, karekternya hilang ketika dia memasuki alam realitinya. Tapi itu dulu kerna, why you want to cure your mental illness, when you can embrace it?
His soul start to corrupt, and accept his own monster as a 'friend', not friend actually, it is parasites, that he start to embrace, so he will happy, when he feel pain. For he, his mental illness is his happiness.
Dia belajar untuk bergembira, ketika merasai depression, social anxiety, bipolar disorder, borderline personality disorder, dan semua itu dijadikannya sebagai sumber sastera rosaknya.
Hati-hati... Jauhkan dirimu dari dirinya.... kerna itu sahaja, cara untuk menyelamatkannya. Dan, bye... You know my name, you know my illness, but you don't know how i feel, so shut the fuck up, and leave me alone....
I am sorry, kerna aku wujud di hadapanmu. Bye...

Ulasan
Catat Ulasan