-apakah-
Buku >>>Hal-hal yang berkenaan masyarakat terlihat berguna kerna dilihat ada sumbangan kepada mereka, tapi buku>>>hal-hal agama dilihat tidak berguna kerna tidak boleh menyumbang apa-apa kepada masyarakat. Misalnya, aku baca buku The end of History and The Last Man, terasa buku ini bisa memberi sesuatu kepada kemajuan masyarakat, tapi ketika aku baca buku Prolegomena to the Metaphysics of Islam, aku mempersoalkan apa gunanya buku ini dalam perkembangan masyarakat.
Buku kedua itu memberi asas dalam menyelidiki buku yang pertama, begitukah? Tapi, adakah maklumat yang ada dalam buku kedua itu, boleh memberi sesuatu kepada masyarakat?
Persoalannya, kenapa mempersoalkan soalan itu untuk masyarakat, cuba soal
Adakah maklumat yang ada dalam buku kedua itu, boleh memberi sesuatu kepada diri sendiri?
Adakah maklumat yang ada dalam buku kedua itu bisa memberi bekas kepada kalbu individu, dan akhirnya dia bisa buat sesuatu kepada masyarakat?
Tapi, adakah semua individu perlu berusaha untuk memajukan masyarakat? Atau, hanya individu tertentu sahaja yang layak untuk memajukan masyarakat? Adakah semua individu perlu jadi 'individu yang berfikir akan masyarakat'? Boleh tak, kalau ada individu yang hanya ke arah 'individu yang berfikir akan minatnya -passion nya sahaja", atau yang mudah faham, individu yang tiada fungsi dalam masyarakat? Boleh tak, individu pilih untuk tidak ada fungsi kepada masyarakat, dan ikut passion nya sahaja, untuk lupakan dia tentang hal-hal masyarakat? Passion menyebabkan dia lupa, akan masyarakat, kerna kesibukannya dalam bidang kesukaannya, boleh macam itu?
Kalau passion itu boleh memberi sesuatu kepada masyarakat akhirnya, mungkin boleh... tapi, bagaimana andai kata passion itu tidak memberi apa-apa kepada masyarakat, tapi kepada dirinya sahaja? Boleh kah?
Boleh kah kalau ada individu yang tidak mahu namanya terkenal?
Bolehkah kalau ada individu yang tidak kisah sama ada namanya terkenal atau tidak?
Bolehkah kalau ada individu yang tidak mahu tinggalkan legasi di mata masyarakat?
Bolehkah kalau ada individu yang tidak kisah sama ada dia berguna kepada masyarakat atau tidak, asalkan dia berguna untuk keselamatan hatinya sendiri?
Bolehkah kalau ada individu yang asyik dengan minatnya sahaja, di mana minat itu tidak memberi apa-apa kepada masyarakat, tapi hanya hatinya sahaja terkesan dengan minatnya itu?
Bolehkah kalau ada individu yang habiskan masanya dengan minatnya, di mana minat itu kelihatan sia-sia kepada masyarakat, tapi minat itu menyebabkan dia kenal hatinya?
Bolehkan kalau ada individu yang langsung tiada guna kepada masyarakat, tapi berguna kepada keluarganya sahaja?
Bolehkah kalau ada individu yang tidak berfikir akan masyarakat, tapi asyik berfikir akan minatnya, akan passionnya, di mana minatnya itu, passionnya itu, tidak membawa kejahatan kepada masyarakat?
Bolehkah kalau ada individu yang tidak bersama dengan masyarakat, tapi asyik dengan minatnya, akan passionnya, di mana minatnya itu, passionnya itu, hanya membawa kepada penulisan?
Ulasan
Catat Ulasan