-bayang [versi panjang]-

Fiction
08/12/2016-

materinya hilang dalam ketiadaan, psikologinya hancur dalam ilusi, dan dia kurangkan kewujudannya di empirikal. 

Genre: dark romanticism

Dia itu, asyik berkata-kata, dengan dirinya sendiri. Memerhati dunia ....

Era ini era menakutkan, kerna manusia mula tidak boleh terima akan kepelbagaian. Era ini menakutkan, kerna manusia mula diktator dalam berideologi, diktator dalam beragama, diktator dalam berpandangan, diktator dalam ilmu, diktator dalam maklumat, diktator dalam tindakan, sehinggakan mengangap, bahawa apa yang dia lakukan, adalah yang terbaik sekali, berbanding usaha manusia lain, sampaikan aib manusia, yang berlainan ideologi dan tindakan darinya, diperhatikan aibnya, agar bisa dijadikan, sebagai tempat untuk ditikam, senjata kata-kata, dan tulisan. Ego manusia, akan anggap bahawa apa yang dia lakukan, adalah yang terbaik sekali, sampaikan disuruhnya, disekelilingnya agar buat apa yang dia laksanakan, kerna bagi dirinya, itu satu-satu sahaja cara untuk menyelamatkan dunia, ego manusia memang menyeramkan.

Era ini, benar-benar menakutkan, sebab itu, lebih baik bersendirian, dan berfikir mengenai alam, sambil ditemani kata-kata sastera, ataupun ditemani kata-kata sains-falsafah, ataupun ditemani lirik lagu, beserta buku, walaupun bakal dikritik cara hidup.

Bersendirian ditemani alam lebih seronok, daripada menghabiskan masa bermasyarakat, walaupun ada kata cara itu salah, tapi alam lagi indah difikirkan, berbanding 'mendengar' manusia berlumba-lumba, dalam sakit-menyakitkan, dalam kata-kata, dah juga dalam tindakan. Era ini, hanya alam bisa didengari keindahannya, dalam 'berkata-kata' ; angin yang bertiup di tepi pantai, menyanyinya burung di dalam hutan, mentari yang ditemani kebiruan langit, dan kilauan bintang, sentiasa menemani ketika bersendirian di waktu malam, dan indahnya kesunyian kampung berbanding ramainya manusia di bandar.

Sebab itu, lebih seronok menghabiskan masa bersama alam, berbanding mendengar keegoan manusia dalam semua hal. Kerna, alam bisa terima kepelbagaian, tapi manusia tidak bisa menerima kepelbagaian. Alam ini juga, sedang menangis , kerna manusia tidak lagi memandangnya, dalam mencari keindahan ciptaan Pencipta. Manusia itu, hanya memandang keindahan, dalam material buatan manusia, dan sibuk mencarinya, sampaikan alam dimusnahkan, hanya kerna kata-kata pembangunan.

Dia bermonolog sambil memandang dunia

"Aku melihat langit, keindahan birunya menyentuh hatiku, ditemani dengan putihnya awan yang digerakkan angin, dan sang mentari di ufuk sana yang hampir hilang cahayanya. Aku memandang alam, dan terfikir, bagaimanakah rasanya, andai kata aku jatuh cinta kepada Pencipta alam ini, apa rasanya? Kenapa aku mencari cinta manusia, sedangkan cinta manusia tidak kekal, cinta manusia sekadar ilusi drama, yang aku ingin  realitikan. Apa rasanya pula, andai kata aku jatuh cinta kepada Pencipta? Tapi, layakkah manusia rosak seperti aku, mencari cinta Pencipta, sedangkan zahir dan batin ini lari daripada kebaikan?"

"Dunia ini, seronok dikaji, tapi pengkajian dunia itu tiada penamatnya, apatah lagi, andai kata mengkaji dunia itu, sekadar material sahaja, sekadar penafsiran zahir sahaja, dan abaikan unsur keindahan spiritual. Dunia andai kata dikaji, berdasarkan hubungan dengan dunia sahaja, maka kajian itu ilusi belaka, tapi andai kata, dunia dikaji berdasarkan hubungannya dengan Pencipta, maka ia bisa memberi bekas di kalbu."

Bersendirian memang indah......

Tapi bersendirian pun berbahaya, kerna monster psikologi sentiasa berbisik akan hal-hal kegelapan. Psikologi yang sentiasa berkata-kata dalam akal, melahirkan personaliti yang hanya dia seorang sahaja kenal, dan hanya dirinya seorang sahaja yang bisa dengarinya berkata-kata. Dia bingung dalam kekeliruan. Sampaikan tafsirannya mengenai sastera berubah, menjadi kerosakan, yang ditemani oleh kata-kata kegelapan psikologi.

"Bunga yang kembang mekar dalam kegelapan, tidak perlu disinari dengan cahaya, kerna ia akan layu. -unknown."

Dan

"Jadilah seperti bintang. Jauh dan mati. (Be like a star, distant and dying. -unknown)

siapa yang bakal tarik picu pistol itu.....adakah dirinya sendiri atau orang lain?

I saw beauty in her darkness.... rambutnya bebas ditiup angin, baju t-shirt hitam sesuai dengan warna kulitnya, seluar hitam ketat ditemani dengan kasut chuck taylor, sesuai dengan personalitinya. Hahaha, tak sangka, wanita seperti ini pula yang aku minat, walaupun persekitaranku penuh dengan wanita 'solehah'.

Aku gembira melihat senyumannya, bukan kerna senyuman itu indah, tapi aku tahu, senyuman itu palsu, matanya umpama nangis ketika dia senyum, mungkin kerna, dia sibuk melawan psikologinya.

Bermulanya cerita, ditemani ideologi kerosakan, dan cinta yang difalsafahkan, dek kerna kerosakan sastera, yang bersumberkan kegelapan psikologi. Seorang konservatif bekas liberal, dan seorang pula sekular bekas konservatif.  Seorang anarki, seorang pula melawan monster borderline personality disorder. Seorang ditemani bipolar disorder, seorang pula berteman major depressive disorder. Ada persamaan, tapi tafsiran realiti berbeda, tafsiran tragedi kehidupan juga berbeda, dan akhir sekali, tafsiran definisi cinta juga berbeda.

Dikala aku memandang wanita itu, aku teringatkan seseorang, seseorang yang sama personalitinya, luaran dan juga mungkin dalaman, yang aku telah rosakkan jiwanya, bagaikan Joker corrupt-kan soul Harley Quinn, hanya dengan menggunakan kisah sebuah cerita.

"Mad, hhhhmmm, sebenarnya saya suka awak…”

“Suka.. hahaha… suka…. Saya pun sebenarnya suka awak…dah lama dah.”

Dia senyum…senyumannya cairkan hatiku.. pandangan matanya membuatkan aku lupa akan depresi dan anxiety ini.. rasanya, aku nak keluar dari sangkar ilusi rekaan ku ini, dan memegang tangannya menuju kebahagian cinta...aku pun senyum….. cinta berputik, dan rasa indah bagai seluruh dunia memelukku, hangat…hangat sangat.. dan indah

Tapi....

"Tapi, aku bingung, sama ada aku suka kau kerna existence kau atau kerna essence kau. Sebab itu, aku lebih suka katakan bahawa cinta itu sekadar ilusi, kerna tanpa essence kau, aku tak kan suka kau, dan kau juga tak kan suka aku. Kerna, aku suka kau kerna essence kau, bukan kerna existence kau. Andai kata existence kau sama, tapi essence kau berbeda dengan essence kau sekarang, maka aku tak kan suka kau. Sebab itu, aku minta maaf, aku lebih prefer kata, I do not believe in love… kerna love hanya essence saja, tanpa essence, cinta tak kan wujud, di hati kau dan aku…. minta maaf awak", kata aku kepada dirinya.
(Essence di dlm tulisan ini refer kepada logical quiddity, bukan ontological)

Aku bukannya seperti Joker, loser yang tertarik dengan kecantikan wanita. Kecantikan wanita sekadar ilusi, dan aku tidak minat akan benda bodoh itu, dan sejak bila sampah rosak macam aku mencari cinta wanita di dunia ini.

Akhirnya, di suatu saat, wanita itu tinggalkan aku, walaupun kami sama suka, tapi kerna kebodohan psikologi aka mental illness aku, aku abai percintaan bodoh itu. Dan, dia jumpa lelaki lain, lagi macho dari aku, kaya, semuanyalah, dia lah perfect berbanding aku.

Tapi, malang sekali, wanita itu ditinggalkan, setelah lelaki itu mendapat apa yang dia nak. Lagi teruk, apabila video terlarang itu disebarkan di media sosial, dan menjadi viral satu negara. Wanita itu, berjumpa aku semula, dan menceritakan segalanya. Aku, seperti biasa, bercakap sampah kepadanya.

"Kan aku dah cakap, cinta itu ilusi semata-mata, untuk menipu daya agar manusia boleh rasa kau."

Dia hanya senyum.

Aku tahu senyuman itu palsu, sebab aku boleh nampak matanya berair. Ah, lantaklak! Kau nangis atau tidak, hati dajal aku ini tak kan ada effect, sebabnya, aku juga sering menangis kerna kalah melawan monster yang ada dalam akal aku, monster yang berbicara dengan aku, sampaikan hati aku dirosakkan olehnya.

Aku tahu, dia ada masalah BPD, atau borderline personality disorder... Ah! Sampah semuanya, akal telah disistemkan, sampaikan aku ambil ayat sampah itu daripada buku teks psikologi... yeah, another word from psychology textbook. Berdasarkan mukanya pun aku tahu, dia ada suicidal thinking, salah satu thinking yang memberi nilai estetika kepada hidup manusia loser, kah kah kah.

Ah! Sampah semuanya, aku tiada masa nak selamatkan dia, seperti aku tiada masa nak selamatkan diri aku sendiri... kah kah kah....
Nak mati, aku silakan, nak hidup aku tak galakkan, hahahaha.

Maka.....

Aku pergi, tinggalkan dia seorang. Tapi, sebelum itu, aku letak pil di atas meja.

"Kau pilih..."

Beberapa hari kemudian, aku terdengar berita, bahawa dia suicide. Kah kah kah, dia suicide, kerna menelan pil yang aku bagi. Di dunia ini, hanya manusia yang mahu hidup sahaja harus hidup, yang nak suicide, aku boleh bantu, kah kah kah.
.....

Itu dulu, dan aku nak tebus perbuatan aku itu. Aku memandang wanita di depan aku ini, personaliti hampir sama, bezanya sekadar, dia ....

Ulasan

Catatan Popular