-ilusi percintaan sastera-
Saya cinta awak. Tapi, saya hanya cinta, dari jauh. Saya hanya pandang awak, dari jauh, itupun, andai kata, saya memakai cermin mata. Biarlah, hanya saya, seorang sahaja tahu, bahawa saya mencintai awak. Kerna, itu lebih indah rasanya, untuk manusia, seperti saya, kerna saya tahu, saya bukan pelangi untuk hati awak.
Saya benar-benar cintakan awak, tapi saya tahu, awak tak sedari kewujudan saya, di dalam hati awak. Saya terima itu, kerna saya juga, tidak sedari kewujudan saya, di realiti saya sendiri. Tapi, terima kasih, kerna wujud di realiti saya, kerna awak membolehlan saya mengindahkan fantasi sastera saya ini.
Saya cintakan awak...... dan saya hanya simpan cinta itu di fantasi saya, agar cinta itu tidak bisa dirampas manusia lain, walaupun awak sentiasa tidak akan memilih saya, di realiti. Tapi, fantasi dah cukup, untuk manusia seperti saya. Saya cintakan awak, di fantasi dan realiti, walaupun fantasi sekadar ilusiku sahaja, tapi, kan saya dah kata, fantasi dah cukup untuk manusia seperti saya.
Ya Allah, tolong padam rasa ini, di hati hamba Mu ini, kerna ia benar-benar menyeksakan.....
Ulasan
Catat Ulasan