-Informasi-
Adakah maklumat yang kita tahu menjadikan kita lebih baik, atau maklumat itu menjadikan kita lebih diktator dalam berideologi?
Adakah maklumat yang kita tahu, memberi rasa indah ke dalam hati, atau maklumat itu menjadikan kita manusia anarki?
Adakah maklumat yang kita tahu menambahkan ego sahaja, atau maklumat yang kita tahu mengajar kita akan kepelbagaian dalam bermasyarakat?
Adakah maklumat yang kita tahu menambahkan kesombongan kita, atau mengurangkan kesombongan kita?
Adakah maklumat yang kita tahu boleh melahirkan rasa rindu kepada Pencipta, atau maklumat telah melupakan kita akan Pencipta?
Adakah maklumat yang kita tahu kita gunakan dengan cara yang berhikmah, atau digunakan untuk menyerang cara hidup manusia lain berdasarkan nafsu semata-mata?
Adakah maklumat yang kita tahu menyebabkan kita cermin akan diri, atau kita cerminkan maklumat itu kepada manusia lain, dan lupa akan kelemahan kita?
Ulasan
Catat Ulasan