-kapital menelanku di waktu ku-

Cis! Celaka saja sistem ini.
Bodoh!
Kenapa harus aku ikut sistem ini !!?
Aku malas nak ada rumah besar
Aku malas nak ada kereta lawa
Aku malas nak kumpul material
Aku malas nak cari kertas seumur hidupku
Aku malas nak jaga cinta romantika.
Sia-sia untukku saja
Langsung tidak menyentuh jiwa
Hanya mengganggu akalku saja
Merosakkan hatiku saja!

Aku nak hidup di dunia ini
Tanpa perlu fikir material
Tanpa perlu fikir ego materialistik
Tanpa perlu fikir ego consumerism
Tanpa perlu fikir soal ekonomi kapitalis
Tanpa perlu fikir cinta romantika di realiti!
Sampah saja semuanya!

Suatu hari nanti
Aku nak ke kampung
Tinggal di sana
Menulis di sana
Mati di sana
Berseorangan...

Walaupun ego kapitalis aku sampahkan
Tapi aku harus juga ikut
Sebab perut ku ini ada
Dan perut orang lain juga ada.
Aku juga perlu kertas itu
Untuk tutup mulut masyarakat
Untuk tutup mulut keluarga ku
Jauh dan dekat.

Itu aku
Tapi aku tak halang kau buat semua itu
Yang aku sialkan
Yang aku mula belajar sampahkan
Apabila kau maki aku
Bila aku pilih ini
Dan aku pun maki lah sistem itu.
Maki kita bersama
Sial kita bersama
Rendah-rendahkan kita bersama....
Standard manusia
Suka merendah-rendahkan manusia lain
Maka aku ikut saja
Kerna aku manusia
Bak kata pepatah pakar evolusi
Survival for the fittest...
Kah kah kah
Tiada kena mengena langsung...

Tapi kan...
Aku ada impian..
Aku nak mengelilingi satu dunia...
Dan aku tahu
Aku perlukan duit
Dan
Oleh itu
Aku harap tulisan aku boleh bagi aku harapan
Tanpa perlu aku kerja
Buat kerja yang aku tak minat .
Aku tak nak kerja
Tapi aku nak duit
Bukan untuk beli material
Tapi nak jalan-jalan di dunia ini.
Dan
Aku minat menulis
Kerna minat tanpa perlu bekerja
Dan aku nak tulisan ini
Bagi aku harapan....
Bolehkah tulisan ini bagi aku sesuatu
Seperti mana kerja beri aku sesuatu?

Aku nak tulisan aku
Boleh membawa aku ke satu dunia....!!!


Jadinya
Kerja dulu
Suka atau tidak
Terpaksa atau tidak
Kerna nak harapkan tulisan
Bagaikan sampah diharap dikutip
Oleh manusia.
Simpan duit
Jangan beli kereta mahal
Jangan beli rumah mahal
Jangan beli ego material
Jangan bercinta
Jangan kahwin.
Dan selepas itu
Selepas duit ada
Aku akan jalan
Ke seluruh dunia
Sambil tinggal sementara
Di suatu tempat
Untuk mencari aku
Yang dah hilang.
Dan aku tak mahu 'create' aku
Kerna hidupku telah 'jadikan' aku seperti ini.

Aku nak jalan-jalan ke serata dunia
Dan mati sambil berbuat semua itu
Dan rumahku
Mungkin juga keretaku
Adalah untuk keluarga ku.
Bukan untuk aku.....

Aku mati sambil buat semua itu
Sambil berjalan-jalan di serata dunia
Matiku mungkin tidak diketahui
Kewujudanku mungkin tidak diketahui
Aku mungkin tidak disedari
Tapi aku puas
Asalkan aku tidak bermati-matian
Untuk layan kapitalis
Sepenuh hati
Aku layan kapitalis
Sekadar layan
Kerna nak survive...
Sambil bisa mengelilingi satu dunia...


Ah! Sampah
Alasan aku....

Lebih baik
Aku berjaya saja dalam sistem
Lagi mudah hidup
Dan lagi mudah berjalan-jalan
Ke seluruh dunia...

Cumanya
Berapa tahun
Perlu aku usahakan?
Kalau lama
Bye-bye kapitalis
Tapi kalau sementara
Aku bisa buang ego aku
Dan jadi peminat setia kapitalis....













































Ulasan

Catatan Popular