-kerna tahu, ku rela saja-

Ada peristiwa, di mana wanita yang dia cintai ada di peristiwa itu, tapi tahu apa yang dia lakukan kepada peristiwa itu? Dia anggap peristiwa itu tidak pernah terjadi, dan dia abaikan saja peristiwa itu, walaupun dalam peristiwa itu, ada wanita yang dia cintai. Dia abaikan peristiwa itu, kerna dia tahu, dia ada di peristiwa itu, atau tidak ada kewujudannya di peristiwa itu, hasilnya tetap sama, wanita itu tetap tak akan memandangnya, seperti dia memandang wanita itu. Dia abaikan peluangnya, untuk memandang senyuman wanita itu, kerna dia rela sahaja tidak memandang wanita itu, walaupun dia rindu akan kewujudan wanita itu. Dia kata kepada hatinya

"Berhenti la.... dia bukan milikmu, berhenti berusaha untuk sedarkan dia akan kewujudan mu, dia selama-lamanya tak akan sedar akan kewujudanmu, walaupun kau lakukan perkara yang mustahil. Sudah lah.... terima kenyataan, dan berhenti rindu akan dirinya, kerna ia sia-sia sahaja, kerna hanya kau sahaja yang terseksa."

Hatinya terima nasihat itu, dan dia abaikan rasa rindunya itu, dia abaikan imaginasi cintanya terhadap wanita itu.






















Bye.....




Ulasan

Catatan Popular