-loser ditelan realiti-
Di dunia ini;
Di era moden ini ;
Di dunia ini
Kalau tiada manusia loser
Seperti aku
Bagaimana manusia winner
Nak bergembira.
Di dunia ini
Kalau tiada erti kemenangan
Kalau tiada erti kekalahan
Hancurnya segala
Sistem moden dunia.
Di dunia ini
Kalau kurangnya ego
Maka kapitalisme itu
Akan hancur
Dan ditukar sistem lain.
Di dunia ini
Kalau tiada semangat nak menang
Manusia tak kan bisa
Rasa gembira
Kepuasan.
Di dunia ini
Kalau tidak wujudnya nombor
Manusia tak kan ada
Tujuan hidup di dunia
Tak kan ada
Semangat nak hidup.
Di dunia ini
Kalau semua manusia
Berasa puas
Dengan apa yang dia ada
Banyak syarikat
Akan tutup kerna bankrup.
Di dunia ini
Kalau tiada ego
Maka bukan homo sapiens
Namanya.
Di dunia ini
Kalau tiadanya
Struggle for recognition
Maka manusia tak kan
Ada lagi tujuan hidup
Dan sistem ekonomi
Bakal hancur mereput.
Di dunia ini
Mana ada win win situation
Apa yang ada
Hanyalah common sense.
Ulasan
Catat Ulasan