-percintaan, sekadar sastera penulisanku 1-
Ditulis pada 09/12/2016
Saya suka awak, bukan kerna awak lawa. Ya, awak lawa, pada pandangan pertama, saya memandang awak, berdiri di hadapan, saya rasa awak lawa, tapi, masa itu saya tidak suka awak lagi. Tapi, lama-kelamaan saya mula suka akan awak. Bukan kerna awak lawa, tapi kerna karakter awak. Saya suka akan karakter awak, kerna ia berbeda dengan karakter saya. Saya suka akan personaliti awak, kerna personaliti itu benar-benar menyentuh hati ini. Dan, selepas karekter dan personaliti itu , baru saya suka awak kerna awak lawa.
Sebenarnya, saya suka akan personaliti awak, walaupun saya tidak tahu, sama ada personaliti itu adalah sekadar lakonan bermasyarakat, ataupun itulah personaliti awak yang sebenarnya. Tapi, saya tahu, awak tak pandang saya, awak tak sedari kewujudan saya, seperti mana saya sedari kewujudan awak. Saya tak kisah, kerna saya dah biasa seperti itu, saya dah biasa tidak disedari akan kewujudan saya oleh wanita yang saya sukai, sedangkan saya sendiri nak hilangkan kewujudan saya di empirikal masyarakat, kerna ia lebih menggembirakan saya. Lebih seronok, andai kata, kewujudan saya dikurangkan di empirikal.
....
Ketika awak ketawa, ia benar-benar menikam hati ini, terasa sakit, kerna ia bukan untuk saya, tapi saya belajar, terima itu.
Senyuman awak juga, menikam kalbu, dan kalbu ini terasa seksa, kerna senyuman itu bukan untuk saya, tapi seperti biasa, saya belajar terima semua itu, kerna jiwa ini, kalbu ini, dah biasa rasai semua itu, malah ia telah menjadi sumber inspirasi tulisan saya. Kesakitan kerna cinta adalah indah untuk dirasai, kerna ia bisa mengajar saya untuk menjadi seorang penulis, selain masalah psikologi yang saya hadapi. Cinta, social anxiety, bipolar disorder, major depressive disorder, borderline personality disorder, telah menjadikan saya sebagai seorang penulis, dan peminat sastera gelap dan rosak, walaupun tulisan saya adalah sampah, dan tiada sesiapa pun yang hendak membacanya.
...
Saya gembira, ketika pertama kali, awak menyebut nama saya, walaupun waktu itu, saya belum menyukai awak, tapi saya tidak tahu kenapa saya senyum di waktu itu, walaupun secara zahirnya, saya lebih suka awak tak kenal saya, kerna saya takut, andai kata awak kenal saya, awak akan membenci saya, seperti mana saya membenci diri saya.
Tapi, saya tahu, awak mustahil kenal saya, lebih daripada kenal nama, kerna ia cukup, sekadar kenal nama, dalam hubungan komunikasi antara dua hala, di dalam bilik besar itu. Kerna, saya tahu, awak tak mahu kenal saya, lebih daripada kenal nama, malah, saya juga tidak suka, awak kenal saya lebih daripada kenal nama, kerna, saya takut awak akan memandang hina saya, seperti mana saya memandang hina diri ini. Dan, saya juga tahu, awak tidak kisah akan kewujudan saya, kerna kewujudan saya sekadar perkara biasa dalam ruang besar itu, seperti mana manusia tidak kisah, sama ada marker itu ada dakwat atau tidak, kerna maker yang tiada dakwat bisa diganti, seperti itu juga kewujudan saya; saya tahu saya bukannya pelangi di hati awak, tapi saya terima itu, kerna saya dah biasa rasai semua itu.
Ingatkah awak, ketika itu, pertama kali, awak menegur saya, di luar ruang besar itu, setelah ‘proses ilmu’ habis, dan awak baru keluar daripada bilik ‘HR’ menghantar kertas? Mungkin itu, bukanlah pertama kali awak menegur saya, tapi bagi saya, itu adalah pertama kali awak menegur saya, kerna di waktu itu, di kaki lima itu, tiada sesiapa pun yang berada di situ. Di waktu itu, saya tiada rasa apa-apa, ketika awak menegur saya, kerna mungkin hati saya sedar, bahawa rasa excited memandang awak adalah sia-sia belaka, kerna saya bukannya siapa-siapa dalam hati awak, lebih baik hati tidak rasa apa-apa, walaupun secara biasanya, ia indah, kerna wanita yang dicintai, menegurnya... tapi, hati saya dah lain, kerna ia mula belajar untuk menerima realiti, dan jangan gembira hasil ketipuan imaginasi sendiri...
Selepas awak berlalu pergi, barulah hati ini mula rasa gembira. Tapi, saya hairan, kenapa setelah awak hilang daripada pandangan mata saya, barulah hati saya mula rasa gembira. Kenapa hati ini tidak gembira, dan rasa kosong, ketika awak berada di hadapan saya?
Kerna, hati ini dah lama mati, dalam menghadapi ketipuan imaginasi saya sendiri....
Tapi bagi saya, peristiwa itu benar-benar indah, walaupun hanya saya seorang sahaja rasa seperti itu. Indah, kerna awak menegur saya, walaupun mata saya rabun dan tidak bisa memandang awak senyum.
Terima kasih, walaupun saya tahu, awak tegur saya adalah sekadar common sense dalam bermasyarakat, dan minta maaf kerna saya hanya mampu senyum dan angguk sahaja, tanpa berbicara, kerna di waktu itu, akal saya kosong, hati saya juga kosong.
....
Saya benar-benar suka akan awak, walaupun suka ini hanya saya seorang sahaja tahu, kerna buat apa nak beritahu manusia lain, andai kata hasilnya tetap sama, yang awak tak kan suka saya jua. Dan, andai kata saya beritahu sesiapa pun, akan hal hati ini, siapa yang nak ambil kisah akan semua itu...
...
Rasa cinta ini menyakitkan, kerna rasa cinta ini, membuatkan saya sentiasa berharap, agar perkara yang mustahil boleh berlaku, agar awak memandang saya seperti mana saya memandang awak. Saya tahu, perkara itu mustahil, kerna saya sedar saya siapa, dan saya tidak layak untuk rasai cinta daripada wanita ‘berpangkat ‘seperti awak, apatah lagi, awak bukanlah manusia biasa di dalam ‘kawasan’ itu.
Rasa cinta ini benar-benar menyakitkan, apatah lagi, imaginasi saya bertambah dalam penghasilan tulisan, tulisan yang hampir sama dengan realiti, seperti mana samanya tulisan psikologi saya, dengan realiti psikologi saya, walaupun adanya penambahan, dalam sastera psikologi itu, sama tapi tak serupa.
....
Saya cinta awak, tapi saya tidak berharap awak cinta saya, walaupun ada kalanya hati ini berharap itu. Tapi, saya sentiasa lawan akan harapan saya itu, agar harapan itu saya hancurkan sebelum ia merebak ke dalam realiti saya, sebelum harapan itu membuatkan saya bersemangat untuk hidup; semangat ilusi, semata-mata. Saya hancurkan ia di imaginasi saya, menggunakan monster kegelapan yang ada di psikologi minda saya, agar harapan itu tidak bisa menipu akan hati dan semangat saya.... saya tidak mahu, saya rasa gembira kerna harapan palsu, lebih baik dan indah, merasai realiti, walaupun menyakitkan dan menyeksakan. Tapi, kesakitan realiti, kerna kekalahan cinta bisa menjadikan saya penulis, walaupun tulisan itu sekadar sampah.
Saya telah lama belajar, untuk menghancurkan harapan saya, harapan agar seseorang menerima cinta saya. Saya dah lama belajar dan kuasai, untuk hancurkan harapan mustahil itu, hinggakan setiap kali saya menyukai seseorang, saya langsung, mula tidak harapkan lagi, bahawa cinta saya itu, bakal dibalas, oleh wanita itu. Walaupun, ia menyeksakan, dan menyakitkan, tapi apakan daya, kerna itu sahaja cara saya, hendak lari daripada harapan palsu.
......
Saya tidak tahu, sama ada awak akan baca tulisan ini, atau tidak. Saya tidak tahu, sama ada awak sedar, bahawa wanita dalam tulisan ini adalah awak, atau tidak. Saya tidak tahu, sama ada awak akan tahu akan wujudnya tulisan ini atau tidak, mungkin tidak. Awak tidak akan tahu, bahawa wanita itu adalah awak, dan awak juga tidak akan tahu, bahawa tulisan ini wujud, untuk selama-lamanya. Mungkin, itu yang terbaik, andai kata awak tidak tahu akan adanya tulisan ini, selama-lamanya.
Minta maaf, kerna sampah seperti saya , mencintai awak...........
dan........
Ulasan
Catat Ulasan